Sunday, September 14, 2008

Rintihan saudaraku

Tahanan Palestin menderita di bulan puasa

TEBING BARAT - Ketika umat Islam dapat menikmati pelbagai juadah enak pada bulan Ramadan, tahanan Palestin di penjara-penjara Israel menderita kerana kekurangan makanan, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Seorang jurucakap bagi pihak Palestin, Mahmoud Abu Hasira ketika bercakap kepada media berkata, tahanan Palestin tidak diberi makanan mencukupi untuk berbuka dan bersahur

Situasi itu katanya, diburukkan lagi dengan keadaan penjara yang kotor dipenuhi dengan serangga dan tikus.

"Makanan yang diberikan oleh Jabatan Penjara Israel hanya cukup bagi meneruskan hidup," katanya.

Menurut Mahmoud, aduan dan bantahan berulang-ulang kali yang dikemukakan sebelum ini langsung tidak dihiraukan oleh pihak berkuasa Israel.

"Pihak pentadbiran penjara juga tidak melakukan apa-apa bagi menghalang pembiakan serangga dan tikus. Kehidupan tahanan-tahanan terjejas teruk dan mereka terseksa," katanya.

Mahmoud yang mengetuai pergerakan tahanan politik Palestin merayu kepada pertubuhan kemanusiaan dan kepimpinan Palestin supaya segera menangani situasi menyedihkan itu.

"Mereka memerlukan makanan sesuai untuk berbuka seperti sayur dan pembasuh mulut. Nyawa tahanan Palestin turut terancam apabila pihak pentadbiran penjara gagal menangani pembiakan serangga dan tikus," jelasnya - Agensi

No comments: