Wednesday, September 24, 2008

Tangisan sang Da'ie


Hari ni sudah masuk 24 ramadhan 1429 hijrah, bersamaan 24 september 2008. Pada hari ni sehari H/p saya tersimpan di bilik abang BOB & NIK. Jadi kawan2 yang menelefon pada hari ni ana minta maaf sebab tak dapat angkat panggilan kamu orang.Pendaftaran ahli baru badar juga berjalan dengan lancar.terima kasih di ucapkan kepada SEMUA sahabat/sahabiah ana Abd. Rahman, Abdillah, Harieyadi, sutrisno, Mahira, dayang, Murlidah, Hakim buang, Hakim zahari, Azri, Abu bakar, dan seluruh ahli2 Badar yang baru mendaftar. SYUKRAN dengan komitmen antum semua. Hanya takungan air mata sahaja yang menjadi penenang hati ana ni apabila melihat antum semua bekerja.

Tidak lupa juga kepada sahabatku Harieyadi yang banyak bertungkus lumus membuat surat untuk pertemuan dengan TNC Akademik.Prof.sainuddin,mudah2an pertemuan tersebut mampu sedikit sebanyak menjadi bukti bahawa kita juga bekerja demi islam. Ingatlah Kita tidak mengharapkan orang melihat kerja kita barulah kita boleh berpuas hati.Tapi inginkan kesejahteraan bersama.kita inginkan gerak kerja yang bersama.bak kata pepatah " berat sama di pikul ringan sama di jinjing". masih kah kita ingat akan kayu balak yang membebani tubuh kurus kering kita. masih kah kita ingat nasi bawang dan garam menelongsor masuk keronggak tekak kita.masih kah kamu ingat akan tangisan Abdillah yang sukar di hentikan danPernah kamu lihat Rahman yang tertidur kaku kepenatan di bilik kuliah dan bilik gerakan.Rasakah kita seperti mereka ini. PANJI O PANJI.Hilang sudah IZZAH mu PANJI.

kita Lupakan semua itu.Apa yang penting ialah kita cari cara, kaedah, wasilah, uslub, gerak kerja yang bersepadu supaya semua ini terlupus dalam kesibukan kita, terlupus dalam kerancakan gerak kerja kita. Ayuhlah sahabat dan sahabiahku.Ayuhlah... jangan biarkan Rahman berasa keseorangan.Jangan biarkan...JANGAN di biarkan??

sekian terima kasih.maaf jika ada silap dan salah? selamat HARI RAYA maaf ZAHIR dan BATIN

No comments: