Monday, December 29, 2008

Antara 1hijrah dengan 1 januari

BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM…
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatu...
Bersempena tahun baru atau maal hijrah 1430 H dalam kelender islam, yang bakal tiba tidak lama lagi. saya selaku presiden Badar sesi 2008 / 2009, ingin mengajak semua para sahabat supaya kita bersama – sama bermuhasabah di dalam menghadapi dan mengharungi tahun baru yang akan mendatang sebentar sahaja lagi. Pelbagai mehnah dan tribulasi yang telah kita lalui bersama, halangan – halangannya dan sekatan – sekatan yang kita lalui sepatutnya akan menjadi kayu ukur kepada kita di dalam menentukan hala tuju Badar pada sesi kali ini.
Sahabat dan sahabiah sekalian.
Merenung sejenak sejarah penghijrahan nabi dan umat islam dari kota mekah ke kota madinah adalah di atas faktor perubahan, daripada sesuatu yang kurang memberi kesan,? kepada yang lebih baik dan memeberi kesan. Setelah 13 tahun penghidupan umat islam di kota mekah, di samping itu pengukuhan akidah dan penerapan iman yang telah di ajar oleh rasulullah s.a.w. barulah mereka berhijrah ke kota madinah di atas arahan yang telah diberikan oleh Allah s.w.t , kepada utusannya.
Perlu di ingat ? sebelum penghijrahan umat islam ke kota madinah , mereka telah mengharungi pelbagai cabaran dan dugaan. Misalannya, Bilal bin Rabah yang di jemur ditengah panas terik dan di letakkan di atas dadanya dengan batu yang besar, sumayyah pula yang juga merupakan wanita islam pertama yang mati syahid di bunuh dengan kejam oleh Abu Jahal Laknatullah.
Muhammad b. Abdullah pula yang merupakan utusan Allah yang terakhir, kekasih kita semua, Insan pilihan dan penyuluh sekalian alam. Juga menerima cubaan dan dugaan yang perit pedih untuk di ceritakan. Baginda sanggup untuk tidak tidur malam berdoa bagi umatnya, berlapar dan bersusah payah kerana memirkan nasib kita semua. Sedarlah…sedarlah…? wahai sahabat dan sahabiah sekalian.
Sahabat dan sahabiah yang di hormati sekalian.
Cabaran mereka, sepatutnya menjadi pengubat dan penyembuh jiwa – jiwa kita ,di dalam mengharungi dan memperjuangkan daulah islamiah di bunuh Labuan ini. Perlu kita sedari akan hakikat,bahawa cabaran yang kita hadapi ini masih tidak cukup lagi dan setanding untuk dijadikan kayu pengukur dengan pengorbanan mereka. Dan kita juga tidak sepatutnya dan layak mengukur antara perjuangan mereka dengan perjuangan kita.akan tetapi kita sepatutnya harus bersyukur kerena Allah s.w.t masih memilih kita untuk menyambung mata rantai perjuangan agama islam yang suci murni ini.
Kembali kepada peristiwa hijrah, dimana ekoran penyeksaan dan penindasan keatas umat islam telah mengakibatkan perintah hijrah ke madinah pun di wahyukan. Namun halangan dan dugaan masih juga terus berlaku. hal ini juga ada dirakamkan oleh Allah s.w.t kepada umat islam di dalam Al – Quran bahwa tidak redha dan senang kaum yahudi dan Nasrani selagi mana kita tidak kembali kepada agama mereka. ( Al – Baqorah 120 ).


Sahabat dan sahabiah yang di hormati sekalian.
Serbah salah juga kiranya ,jika kita pernah terdetik dihati ini ingin berjihad di jalan Allah s.w.t. sehinggahkan ada hadis yang mengatakan tidak akan masuk syurga jika seseorang itu tidak ada niat di dalam hatinya untuk berjihad di jalan Allah s.w.t. Seruan intifada yang ketiga juga seharusnya menjadikan kita seorang hamba Allah dan muslim yang sepatutnya bercita – cita tinggi untuk sama –sama turun berjihad di sana.
Ada Hadis lain juga mengatakan, lebih baik dan berharganya darah seorang individu muslim itu daripada runtuhnya kota ka’abah.Baru – baru ini seramai 200 orang muslim telah pun syahid dan 700 yang lain nya cedera parah angkara YAHUDI LAKNATULLAH..jadi ayuhlah kita bersama –sama berjihad di jalan Allah.marilah sama –sama kita terus melangkah, walaupun kita dapat pergi ke sana, tapi cukuplah sekadar kita sama-sama berdoa ataupun terus menggerakkan kerja –kerja dakwah di kampus ataupun di mana jua.Takbir….takbir…takbir…walillahilham.
Sahabat dan sahabiah sekalian.
Beberapa hari lagi tahun baru dalam kiraan masihi pula akan menyinsing.Kita pelik dan ada juga yang mengatakan ianya tidak pelik ?bila mana masjid – masjid kita sudah tidak menjadi tempat berkumpulnya umat islam. Baru – baru ini kami mendapat jemputan daripada imam masjid Jamek Kg. Layang – Layang IMAM HAJI BASRAN, untuk bersama – sama mereka memeriahkan majlis sambutan tahun baru dalam kiraan islam.
Apa yang menyedihkan kita ialah, kehadiran daripada umat islam sebagaimana kehadiran mereka pada akhir tahun 31 disember itu amat berbeza jumlahnya, bukan saja 3 kali ganda wal hal hampir 9/10 daripadanya tidak dapat datang ke masjid tersebut.Apakah kemungkinannya kerana tidak ada kiraa bersama 10,9,8,7,6,5,4,3,2,1…, letusan bunga api, dan pasangan yang di bolehkan berdua – duaan di dalam masjid itu puncanya.. waula u’alam bis sawab.
Apa yang kita maklum, umat islam sudah hilang kemudinya, hilang hala tujunya dan hilang pendiriannya.bah kan ada yang sanggup menggadaikan akidahnya demi mendapatkan nikmat dunia yang sementara, dan ada juga yang sanggup menggadaikan maruahnya kepada tauke –tauke bukan islam dengan hanya kerana inginkan kemewaan dunia.,man ma a na’ ya haiyu hal muslimun.man ma a’ ana.
Sahabat dan sahabiah sekalian.
Sebagai kesimpulannya, mungkin ada yang bertanya apa yang ingin dikatakan oleh saya.Jadi saya ingin menyeru agar kita ini umat islam terus bergerak dan berjihad di jalan Allah s.w.t.sebagaimana kata sahabat saya, istiqomah itu bukan hanya berterusan sahaja. Akan tetapi terus bertambah kebaikkannya, maknanya hari ini lebih baik daripada semalam.
Selain daripada itu, saya berharap agar sahabat dan sahabiah yang baru sahaja balik ke kampus supaya kita dapat menanamkan semangat dan iltizam yang baru dan berwawasan supaya kita mampu menjadi duat –duat islam yang di segani oleh musuh –musuh islam.walaupun tidak pada diri kita hari ini, akan tetapi oleh kerana sifat kita sekarang ini, maka anak –anak kita mendapat balasannya.
Akhir sekali, kita harus sedar dan percaya. Bahawa kita tidak boleh jamin anak –anak kita juga sama macam kita pada hari ini.akan tetapi oleh kerana sifat kita yang inginkan daulah islamiah itu.maka persekitaran yang insya ALLAH akan datang itu mampu menjadikan mereka insane muslim yang mukmin dan muttakin. Islam yang hanya menyembah kepada Allah dah mengikuti Al – Quran dan Sunnah Rasulnya sebagai pedoman.
Selamat menyambut tahun baru 1430 hijrah, semoga iman kita kian bertambah, amal kita di terima Allah s.w.t. dan hidup kita mendapat rahmat dan petunjuknya.
TAKBIR!!!!!!!!!! Sharulfasta.blogspot.com.

No comments: