Thursday, January 22, 2009

Aku Terkasima

Paderi

Beginilah kita umat Islam, pemimpin Arab tidak dapat bertindak apa-apa. Mesir membantu Israel menyembelih penghuni Gaza. Arab Saudi, ya Tuhan berilah hidayah kepada khadam dua tanah suci untuk paling sedikit, mengerti. Turki, ya sebuah negara yang setelah berjaya mendapatkan kontrak berjuta dan menyelamatkan bekalan airnya, barulah berani bersuara. Janganlah berteriak dengan kepura-puraan Recep Tayyip Erdogan; hatta Venezuela dan Bolivia sendiri telah memutuskan hubungan dengan negara haram Israel.

Jika tidak kerana Republik Islam Iran, dan Hezbullah, Palestina akan menjadi seperti Andalusia; tinggal dalam lipatan sejarah. Kelmarin, Iran mendesak Paderi Brockmann untuk memanggil sidang tergempar Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (lihat sini) dan ekoran dari itulah saya terpaku mendengar suara lembut, penuh hati-hati tuan paderi ini, membaca kenyataan keras mencela dan menghamun kebiadaban zionis.

Hari ini, saat saya mendengar ucapan Presiden Perhimpunan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, Paderi Miguel d'Escoto Brockmann hati berasa amat sayu. Jika anda membaca latar belakang beliau, terserlah keberaniannya sebagai seorang diplomat; khusus dalam menyuarakan jerit-perih orang tertindas di mana sahaja (lihat di sini).

Di mana pemimpin negara umat Islam? Di mana?

Mengapakah suara paderi katolik yang baik dan budiman ini lebih keras dari suara penjaga dua tanah suci? Lebih menyengat dari suara ulama kita?

Katanya, antara lain: "Gaza is ablaze. It has been turned into a burning hell, the violations of international law inherent in the Gaza assault have been well documented: collective punishment, disproportionate military force. Attacks on civilian targets, including homes, mosques, universities, schools."


* Foto Paderi Miguel d’Escoto Brockmann memeluk Presiden Iran pada 23 September 2008 di Ibu Pejabat PBB, New York.

** Ucapan penuh Paderi Brockmann akan dinaikkan di
http://pedulipalestina.blogspot.com
DIPETIK DARIPADA PENULISAN FAISAL TEHRANI.

No comments: