Saturday, April 10, 2010

Adakah Anda terpanggil dengan Doa Ini ?



Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah puji dan puja hanya kehadrat ilahi.selawat dan salam keatas junjungan besar muhammad s.a.w.kepada kaum keluarga baginda, para sahabat, tabie dan tabien serta seluruh pejuang-pejuang agama Islam yang selayaknya di beri kehormatan ka atas mereka.

moga-moga jiwa yang membaca blog ini dan menulis melalui blog ini, menjadi tegar hatinya dan dirinya meneruskan risalah nabi dan akidah islamiyyah sehinggah ke akhir hayat ini.

moga-moga juga rakan-rakan, sahabat dan sahabiah, musuh-musuh islam dan SB2 yang membaca blog ini sentiasa terpandu hatinya, lisannya dan lidahnya daripada Allah s.w.t.kepadanya jua kita memohon dan berhajat segala sesuatu.semoga hati mereka yang masih jauh daripada petunjuk ilahi dikembalikan ke jalan siratakal mustakim.

rakan dan taulan sekalin.

setelah melihat dan merenung segala isi yang dibacakan oleh syeikh Muhammad Al- Muhaisany terasa diri ini dan gerakan mahasiswa di borneo ini jauh lagi untuk bergelar penegak agama Islam.Ia memang jauh lagi? Ya Memang jauh lagi, ini pandangan saya melalui pemerhatian saya selaku mantan presiden Badar di UMSKAL.

kenapa saya berkata demikian.

kesimpulannya mudah sahaja.Terdapat beberapa perkara yang harus diperbetulkan oleh ahli-ahli gerakan ini.saya akui saya bukanlah orang yang selayaknya untuk berkata sedemikian, tapi harapan saya inilah sebenarnya. Agar kita tidak bermegah dengan kejayaan yang tidak sepatutnya di sebut-sebut dan di banggga2 kan.

perkara tersebut antaranya :

1 ) saya Ahli yang Lemah emosinya.
2 ) saya Ahli yang kuat egonya.
3 ) saya ahli yang banyak teorinya hampe praktiknya.

point pertama mengenai saya ahli yang lemah emosinya, berkemungkinan merujuk kepada ahli-ahli yang terlalu responsif terhadap perkara-perkara yang menghentam gerakan kita,ataupun mengenai isu-isu yang memerangi peribadi dan kelemahan kita sendiri.

saya akui ada silapnya dan kesalahan fakta terhadap tuduhan-tuduhan tersebut.tetapi adalah malang bagi diri seorang yang bergelar daie terus merespon tindakan tersebut sehinggah nampak yang kita hampir-hampir sahaja terjerumus kelembah hinaan yang lebih besar lagi.

bukannya melarang untuk merespon sesuatu perkara, tetapi adalah malang jika kita mengulas sesuatu perkara yang nampaknya kita juga menghentam peribadi mad'u kita.lupakah kita siapakah kita sebenarnya.kekadang saya tertanya-tanya, dimana letaknya kata-kata setiap tindakan kita adalah dakwah.

saya masih ingat lagi ketika PRK kampus berlangsung, ada seorang hambah Allah yang menegur sinis tindakan saya yang kurang difahami orang pada ketika itu.mungkin silap saya juga.namun bukan itu yang ingin diketengahkan disini.

Katanya apa pun yang kita lakukan Adalah dakwah. mesti dakwah, namun hal tersebut menjadi kehairanan kita bilamana hamba tersebut juga seolah-olah sudah hilang sifat-sifat pada dirinya sebagai pendakwah.bukan hendak menghentam balik cuma ingin mengingatkan bahawa kita ini adalah hambah2 yang seharusnya berpesan-pesan segabaimana maksud surah al-asr yang sering kali kita bacakan.

saya melihat ahli-ahli ini sudah hilang pertimbangannya, hilang kawalan emosinya..ingatkah kita bagaimana yang di lalui oleh nabi muhammad s.a.w ? ingatkah kita apakah dia mehnah dan tribulasi dalam berdakwah ? sebab itu tidak hairan jika orang katakan kita ini hebat berteori tapi hampe praktikalnya.jangan nafikan lah sebab itu adalah kenyataan.

point yang kedua saya ahli yang kuat egonya. Ego yang macam mana ? Hal ini sudah berlangsung dalam banyak generasi.sehinggahkan timbul masalah hati dan masalah menjauhkan diri. Ada manusia yang ego kerana malu pandangannya di tolak, ada manusia yang ego kerana merasakan gerakan dakwah dia sahaja yang baik; ada manusia yang ego kerana sukakan pujian sehinggahkan hilang matlamat perjuangan.semua itu kita dapat lihat daripada apa yang ia katakan namun serba sedikit pun tidak menggambarkan apa yang ia perkatakan.

kenapa hal itu berlaku ? sebabnya terlalu bangga dengan pencapaian yang entah boleh di banggakan atau pun tidak. Wal hal selalu di perbesar-besarkan dan seringkali ingin dikatakan hebat dan mantap ? Aduh sedinya dengan keadaan ini. Bila Di tegur, biasalah inikan ahli siasah..memang begitu. Bagi saya maaf anda silap dan anda boleh dikatakan salah. Maaf jika salah pandangan,tapi inilah yang boleh saya perkatakan.

Mahu lahirkan Tarbiah negarawan mesti awasi sifat-sifat riak, sum'ah dan takabbur dahulu.Mantapkan fikrah dan pemahaman dahulu serta kemantapan sampingan yang lain baru boleh melahirkan figure2 yang mantap dan menjadi harapan.Tapi malang jika itupun sukar untuk di terima oleh ahli gerakan kita.

sikap tidak mahu ditegur juga adalah merupakan salah satu aspek yang jarang dipraktikkan.Apatah lagi menyentuh bab-bab berlapang dada. Maka hancurlah jemaah ini jika semua ini tidak dapat dilaksanakan oleh ahli-ahlinya.

point yang ketika saya ahli yang banyak teorinya hampe praktiknya.Kenapa saya letakkan point ini ? secara ringkasnya saya katakan disini.apabila wujudnya sikap berhujah mengikut nafsu. Memberi cadangan mengikut hawa nafsu ? Ini semua sebenarnya berlaku. Sukar untuk dinafikan, memang terdapat ahli gerakan yang sedemikian sifat dan rupanya.

cadangan yang diberikan memang baik.dan saya faham pimpinan memang mengharapakan cadangan2 dan bimbingan yang rasional dan baik untuk dilaksanakan.Namun jangan di lupa, dalam kita mencadangkan dan mengajukan sesuatu perkara, kita juga kenalah turun dan mengikuti apa yang telah disepakati.

Namun malangnya, hal ini terus dan seringkali berlaku.Ramai dari kalangan kita yang bijak berkata-kata dan mencadangkan sesuatu perkara.Namun bila tiba waktunya, tarikhnya dan masanya untuk dilaksnakan. Saya melihat hanya pimpinan sahaja yang turun.

Maka hancur leburlah harapan dan kemahuan pimpinan tersebut.maka janganlah hendak mengatakan jemaah ini milik kita bersama ! tetapi hanya pada perancangan tidak pada praktilnya.

kesimpulannya, saya budak baru belajar.kalau salah tolong tunjukkan.saya budak yang mengajukan pertanyaan dan persolan jika tahu tolong jawabkan.entri ini emosi sikit intonasinya.Namun tidak kiralah sesiapa, harapa ianya dapat menjadi pengajaran kepada semua mahasiswa yang bakal meneraju negara pada masa akan datanag nanti.

No comments: