Monday, April 19, 2010

Muhammad Hakim Zahari



Assalamualaikum dan salam sejahtera.

syukur, puji dan puja kehadrat ilahi.selawat dan salam buat nabi junjungan Muhammad ya habibaulah.salam kehadrat kaum keluarga baginda, para sahabat, tabie dan tabien, ulama-ulama serta seluruh pejuang agama Allah s.w.t.

Mudah-mudahan Allah istiqomahkan kita bukan sahaja dalam perjuangan Islam bahkan kita seharusnya berdoa semoga Allah istiqomahkan kita juga di dalam Agama ISLAM, Insya Allah.

" Laut yang mana tidak bergelora "
" Bumi yang mana tidak di timpah hujan "
" Aku sepertimu kadang kala di buru "
" oleh dosa-dosa masa yang lalu "

Duhai dindaku.

Amat malang diri kami membiarkan dirimu terkaku seorang diri.
mencari erti Islam yang sememangnya memakan masa.
Janganlah kerana ikutan akal mu semata-mata.
Engkau menghukum dirimu dengan sesuatu yang jelas dusta.

Duhai dindaku.

Aku juga pernah terkapar-kapar mencari identiti hidupku
sehinggahkan aku pernah mengaku tidak beragama
namun banyakkan lah berdoa di waktu yang lapang
dampingilah dirimu dengan orang-orang yang beriman.

duhai dindaku.

kami akui
kami bukanlah orang yang beriman
anda dan kami adalah batu batan Islam
jika kita berselerak
manakan bisa di ciptakan bangunan.

Duhai dindaku.

Ingatlah akan ayah dan ibumu
cukuplah doamu menjadi rezeki mereka di masyar nanti
cukuplah dirimu berada dalam agama rabbnya
cukuplah dirimu terus menunaikan ibadah kerananya

Duhai dindaku.

Ingatkah kau lagi riang gembira kita.
tawa senda gurau kita.
pertemuan awal di pohon batu bersama rakan yang lain.
mereka inginkan kau kembali bersama-sama mereka.

Duhai dindaku.

Rintih hati ini ingin melihat kamu semua berjaya
jangan kau musnah kerana kegagalan di dunia semata
yakinlah setiap yang berlaku ada hikmahnya
fainna ma al usri yusra.
in maal usri yusra.

Duhai dindaku

kanda bukan lah orang yang suka bermada
kanda hanya lah budak jalanan yang menjadi sampah masyarakat
kita terbina kerana Allah
kita di ciptakan ada tujuannya.
mehnah dan tribulasi adalah asam garamnya.

duhai dinda

terasa sangat ingin bertemu denganmu
berbual-bual dengan mu
bertukar-tukar fikiran denganmu
mencari erti hidup sebagai muslim.

Dindaku

ingatkah kau lagi slogan kita ini
Amaluna amaluna jihad
sabiluna sabiluna sabiluna syahid
kami sentiasa menerimamu.

sekian
Buat di kau dindaku.
MUHAMMAD HAKIM BIN ZAHARI

No comments: