Tuesday, September 16, 2008

AMANAT DARIKU BUATMU TEMAN !!!

TaubatKU seketika

“Iman ada pasang dan surutnya”, itulah ungkapan yang biasanya di ucapkan oleh sesetengah umat islam pada hari ini. Kekadang ianya, seolah- olah menjadi alasan sesetengah pihak daripada kalangan kita sekiranya dia melakukan dosa. Seolah – olah juga wujud satu teori “Balance shit” dalam kamus kehidupan kita, atau dalam erti kata lainnya di malam harinya melakukan ibadat di pagi harinya pula melakukan maksiat. Kata – kata, malamnya bagai rahib merintih sayu, siangnya bagaikan singa di rimbah hanyalah menjadi satu katisme yang hanya lah menggelakkan hati – hati musuh islam, bahkan mengjengkelkan hati mereka mungkin.

Salahuddin Al – Ayubi

Teringat saya akan kata – kata seorang pemikir barat, saya terlupa akan namanya. Dia berkata lebih kurang begini “ anak muda itu tidak hanya mengatakan ini lah Ayahku, inilah Abangku, inilah saudaraku, tapi anak muda itu akan mengatakan inilah ( AKU )”. Salahuddin al- Ayubi sudah membuktikan, Sultan Al – Fatih juga sudah, syed Ahmed Yassin juga sudah, mungkin Ahmad syukri juga sudah, Nur kamal mungkin juga sudah, shahirla mungkin juga, Huzailah, kak kembar mungkin juga dan semua pimpinan Badar yang lalu mungkin sudah, berharap mereka istiqomah, ini Bukan hanya sekadar Beritorik, namun siapakah manusia di dunia ini yang tidak pernah beritorik. Perlu di ingat sebelum kita ke dunia lagi sudah pasti kita telah berjanji kepada Allah s.w.t bahawa kita akan mengikuti segala perintahnya dan segala larangannya, NAMUN sifat insan itu sendiri yang lemah dan seringkali lupa serta alpa, kita langgar larangan dan perintahnya. Bukan kah itu BERITORIK NAMANYA. Jadi jangan takut memberikan pendapat, Pandangan, dan kritikan. Buktikan kita mampu bergerak. TIDAK MEMBUAT REVOLUSI tapi jangan samapai TIADA KESINAMBUNGAN.

BANGKIT – BANGKIT !!!

Terima kasih di ucapkan kepada semua barisan pimpinan Badar yang baru. Kerana masih lagi bersusah payah menjalankan program Nur ramadhan DENGAN jayanya. Tak lupa juga buat mantan yang masih lagi turun padang MENTANAK NASI DAN MEMASAK AIR. Istilah “MANTAN – MANTAN LAH” bukan pembankrap gerak kerja antum di Bumi KAL ini ,SYUKRAN. Bulan RAMADHAN sudah masuk fasa yang kedua yaitu fasa PENGAMPUNAN. Bacalah doa sebanyak –banyaknya. Buatlah amal semaksima – maksimanya. Suka saya menganalogikan situasi ini dengan TRACK MARK pelari pecut DUNIA, “semakin hampir dengan garis penamat, maka semakin pantas larianku”. Jadi kenapa tidak kita bangkit dan lebih bersemangat lagi. Hidupkan suasana HAMBAR RAMADHAN pada kali ini. Bahagikanlah masa untuk BERTADARUS di masjid kita.


MUSYAWARAH

Meeting yang efesion, adalah meeting yang mampu menyebebkan semua ahli mesyuaratnya bersuara, kata Abang Farid kepada Harieyadi. Menyentuh Konsep musyawarah ini, sebenarnya sudah lama di amalkan sejak zaman Rasullullah s.a.w lagi. Kisah peperangan KHANDAK misalnya, boleh di jadikan hujah bahawa telah wujud sistem musyawarah ini semasa pemerintahan rasullullah s.a.w lagi. Dimana Rasullullah s.a.w telah menerima pendapat SALMAN AL –FARISI untuk membuat parit di sekitar Kota Madinah, walaupun ketika itu Rasullullah s.a.w masih hidup lagi. Timbul persoalan lain di dalam benak saya ketika , seorang sahabat mengatakan terlalu banyak meeting dilakukan kali ni.sikit – sikit jak mau meeting. Kenapa ya ? Ana hanya tersenyum dan tergamam juga lah. Kadang gambar panji tu sahaja lah yang boleh menguatkan hati ini. Mungkin kita terlalu banyak beralasan dalam hal – hal Agama, namun tidak dalam hal - hal Ittakullah atau takutkan Allah s.w.t.

CAKAP BELAKANG

Apa ko rasa? ORENs, kata Abang Hisyam dalam dialek orang putihNYA, kePada kami. Tergelak panjang kami di buatnya. Memang bah pimpinan memang macam tu kena tahan cabaran, sabar terima kritikan, kami pun dulu macam tu. Bekakai juga kata abang Hisyam. Kadang melihat wajah Abang ni, nak nangis juga. Mungkin dia tahu apa yang saya rasa. Kami pun macam orang yang sama juga bekerja jadi kena sabarlah bah sambungnya lagi. Melihat kata –kata itu kekadang membuatkan saya terfikir, seiring dengan matlamat kita “ memasyarakatkan KAMPUS ” seolah –olah kata –kata yang hanya Manis di bibir sahaja Masin di mata AHLI –AHLI nya. Kenapa tidaknya, semuanya bak mengharap cakap sahaja lebih. Sehinggahkan ada yang mengatakan “ Bang ada sesuatu yang saya nak kata kan ni, tapi bila kita kata apa dia? Jawapannya simple jak. Nantilah belum masanya nya lagi.ADUH pedihnya rupanya jadi pimpinan ni ya?

Mehnah dan tribulasi

Pada hari ini satu lagi program Nur Ramadhan berjalan dengan lancarnya, walau pun ada adik – adik joniur yang sedikit mengeluh dan masih lagi takut – takut namun ucapan tahniah juga saya sampaikan kerana semangat antum semua mengikuti program pada petang tadi. Selain itu juga baru – baru ni juga, program rakan muda bertajuk isra’ mikraj siap selesai dilaksanakan di sungai Miri. Namun respon daripada adik –adik semuanya tak berpuas hati. Tapi syukur juga di ucapkan kepada Allah s.a.w kerana malam tadi dapat juga clearkan semuanya.

Akhir kalam, wabillahi taufik walhidaya Assalamualaikum w.b.t.


No comments: