Saturday, September 20, 2008

BADAR TERUS MERINTIH KETAGIH ILMU DAN TEGURAN TERBUKA

Mahasiswa/i yang saya kasihi, telah lama kita lena dalam tidur yang panjang, kini sudah sampai masanya untuk kita bangkit berjuang. Tidak kira apa cara sekalipun, suara kita diperlukan untuk menyusun satu dasar yang tepat yang memenuhi keperluan dunia semasa. Hari ini, kita dibuli dengan pelbagai usaha yang kononnya untuk itu dan ini, namun sebernarnya mempunyai makna tersirat yang akhirnya berlaku penghapusan budaya secara total di seluruh kampus Universiti di Malaysia.

Bermula dengan penggubalan AUKU, kemudian kini dasar penghapusan gelaran “Mahasiswa” pula menjadi agenda utama pihak Universiti. Memang ia nampak biasa dan tidak ada apa-apa kesan terhadap diri kita sebagai seorang pelajar. Namun, ingatlah wahai para sahabatku sekalian, di antara usaha-usaha tersirat pendekatan dasar ini adalah ingin menjatuhkan semangat mahasiswa yang bermotivasi tinggi untuk berjuang mempertahankan hak dan tuntutan pada negara. Pihak universiti tidak boleh melakukan ini dengan sesuka hati. Apakah perasaan mereka sekiranya gelaran Dr, Pensyarah, Dekan, TNC dan sebagainya dicabut dan dibuang begitu dan digantikan dengan gelaran yang lain dan lebih rendah daripada itu.

Kita bukan gilakan kuasa, tetapi ini adalah soal maruah kita sebagai Masiswa, kita tidak boleh senang-senang ditindas sebegitu rupa. Dengan bayaran yuran yang mahal, itu tidak menjadi masalah, namun biarlah perkhidmatannya jauh lebih baik setimpal dengan mahalnya yuran yang telah kita korbankan.

Dengan harga makanan yang tinggi dan pengurusan Cafe yang kotor dan menjijikkan, ini adalah satu perkara yang sangat-sangat membosankan. Dari zaman purba kala dahulu, sehinggalah kini, pihak Universiti ibarat bertuankan Pengusaha Cafe, dengan alasan tidak adapat melakukan apa-apa kerana atas dasar perjanjian kontrak terdahulu. Wahai mahasiswa, kini suara kita diperlukan, untuk membantu pihak universiti, untuk sama-sama kita membawa perubahan kepada kemajuan dan pemikiran penghuni kampus ini.

Dengan kejatuhan agama Islam di kampus ini, dengan pasangan kekasih berdua-duan dan saling berkasih-sayang bebar menaiki motorsikal secara berpasangan tanpa tindakan daripada pihak Unversiti. Kini kampus ini digelar Universiti Percintaan Malayasia, adakah kita tidak malu dengan gelaran sebegini rupa, dengan perbuatan segelintir mereka yang lupa pada agama, kita turut menerima padanya. Maka dengan itu, kita perlu untuk bangkit menentang kemungkaran ini. Demi maruah Universiti dan juga kita sebagai penghuni kampus bertuah ini.

Kita jangan memberontak, tetapi kita lakukan secara profesional dengan perbincangan, dan tuntutan. Cara ketegasan lampau yang agak melampau kita tinggalkan. Kalau Mahsiswa UITM berarak dengan jumlah lebih daripada 5000 orang mahasiswa dengan membela hak mereka. Kita jangan bersikap begitu kerana ia bisa mencemarkan nama baik universiti. Kita perlu mencari satu cara yang lebih baik dan bijak. Lupakan pimpinan Majlis Perwakilan Pelajar lalu yang hanya tahu pergi melancon ke Bandung, Singapura, Port Dickson dan sebagainya. Ini adalah wadah perjuangan kita yang baru. Untuk kebangkitan dan suara kita bersama. Bersama-sama kita laungkan semangat juang yang tinggi, demi sebuah kepimpinan Mahasiswa yang bersih dan murni. Cukuplah dan bangunlah dari mimpi yang lena, kerana kini kira sedang diancam kekeliruan dasar dan usaha yang memerlukan bantuan kita untuk terus bersuara dan berjuang. Demi masa hadapan Agama, Bangsa, dan negara. Demi membentuk semula perpaduan Bangsa yang kian pincang dan longgar ketika ini.

Ayuh, Melayu, Cina, India, Dan Bumiputera, Mari kita lakukan perubahan drastik yang bakal mencorak nama baik dan kegemilangan kepimpinan Mahasiswa Universiti Putra Malaysia, di mata dunia! Pasti dan pasti, kita perlu untuk berjuang.

No comments: