Monday, October 20, 2008

aduhai tuhan kuatkan hati mereka

Serdang, 15 Oktober - Dua orang mahasiswi diberikan notis untuk keluar daripada kolej kediaman masing-masing di Kolej Tun Perak Universiti Putra Malaysia (UPM) dalam tempoh 24 jam.

Dalam notis berkenaan, kedua-dua mereka digesa untuk cepat meninggalkan tempat tinggal mereka sebelum tindakan tatatertib di ambil sekiranya mereka berkeras untuk tidak keluar.

Kedua-dua mereka, Nor Farhana Farzieana dan Nur Shafiqa didesak keluar pada waktu mahasiswa dan mahasiswi lain sibuk mengulangkaji pelajaran sempena Peperiksaan Akhir yang bakal menjelang. Pada waktu kejadian, dua kereta BHEP dan beberapa orang geng ‘Harimau Maut’ dikatakan berada di tempat kejadian.

Laman rasmi Pro Mahasiswa UPM mempersoalkan tindakan yang dibuat samaada ianya dibuat mengikut laras undang-undang dan keadilan. Selain itu laman tersebut turut mempersoalkan nilai kemanusiaan pihak pentadbiran kolej dan pihak universiti yang membuat tindakan tersebut.

Kedua-dua mereka merupakan ahli Pro Mahasiswa Universiti Putra Malaysia dan merupakan antara mahasiswi yang cemerlang dalam bidang akademik di UPM.-Pro Mahasiswa UPM

No comments: