Friday, October 17, 2008

Battle Of The Band Muncul Lagi

Sebelum Raya Baru2 ni memang ada ura-ura yang mengatakan bahawa Battle Of The Band,telah pun di batalkan. Daripada MPP pula memang ada membuat satu surat bantahan dan surat itu telah pun di hantar terus kepada pihak TNCHEP. Atas sebab terlalu banyaknya program yang bertindih antaranya Simposium, Pendekar Borneo, Sinar Aidil Fitri, rumah terbuka HE-23, rUmah terbuka SSIL, DAN juga Battle Of The Band.

Maka pihak prof Amran TNCHEP 2 telah membatalkan program Battle Of The Band di saat2 akhir hari program tersebut hendak berlangsung. Akibatnya menyebabkan pihak pengajur Battle Of The Band marah dan en.Zulkifli Abd.Razak telah meminta pihak HEP untuk membuat surat penjelasan berikutan perkara tersebut. Disamping itu juga EN.zulkifli Ada menyatakan beberapa Alasan yang menyebabkan BOTB mendapat kelulusan semula. Antara yang saya maklum bahawa

a). para peserta yang mewakili IPTA/IPTS lain telah pun membeli tiket kapal terbang ulang dan alik. dan siapa yang hendak menggantikan tiket kapal tersebut.
b). Kenapa di saat-saat akhir program hendak berlangsung baru hendak di batalkan.

Mereka telah meminta penjelasan tersebut namun, mungkin pihak HEP tidak dapat meyakinkan mereka.mungkin salah satu sebabnya juga program ini diluluskan semula adalah kerana;

a) mendapat kelulusan daripada pihak pengarah umskal prof syed azizi wafa syed khalid wafa.dan dialah juga yang membenarkan en.zulkifli meletakkan tapak program di hadapan CFC.
b) selain daripada itu juga, yang saya maklum ketika itu TNCHEP sedang berada di luar negara, dan ini memungkin kelulusan hanya daripada pihak HEP kal sahaja.waula u alam.

pendirian BADAR

ekoran surat yang di hantar oleh pihak MPP kepada TNCHEP, kami telah mendengar khabar angin yang mengatakan pihak Badar lah yang telah mengakibatkan program tersebut terbatal.disini suka saya menegaskan bahawa pihak badar tidak ada menghantar sebarang surat bantahan ke mana-mana pihak pentadbiran pun. kami berpendapat program ini boleh di teruskan dengan kami telah meletakakan beberapa saranan dan cadangan kepada pihak penganjur untuk dilaksanakan sebelum kami melakukan perkara yang lain. antaranya;

a) masa= ketika solah atau azan di kumandangkan, hendaklah pihak penganjur memberhentikan seketika program tersebut hinggah habisnya solah berjamaah di masjid. Dalam masa yang sama kami meminta mereka membuat pengumuman masuknya waktu solat.

b)keselamatan= kami meminta pihak penganjur supaya menjamin keselamatan mahasiswa dan mahasiswi yang lain kerana program2 BOTB yang lalu terdapat pesertanya dan orang luar yang meminum arak.dan terdapat tin2 dan botol2 arak di hadapan masjid.jadi kami menyarankan juga supaya mereka memastikan perkara tersebut tidak berlaku lagi.

c)kebersihan= di sini kami ingin menekankan bab etika pemakaian, kami meminta pihak pengajur supaya memastikan etika pemakaian universiti dapat di patuhi.tidak ada pakaian yang menjolok mata dan bersumberkan perkara yang tidak baik.

d) risalah= kami juga meminta pihak pengajur supaya membenarkan kami mengedar risalah2 berkenaan berhibur menurut perspektif islam. kerana kami sepakati perlunya ada penjelasan dan rundingan terlebih dahulu sebelum kita melakukan tindakan yang kasar.

Berkenaan tapak program tersebut, itu adalah kehendak prof azizi wafa sendiri, dia yang telah membenarkan program tersebut dijalankan di sana. Namun suka saya mengatakan disini antara implikasi yang akan diperolehi oleh pihak universiti

a) nama ums akan tercemar= program simposium yang dihadiri oleh pelajar2 dari IPTA/IPTS, adalah daripada pelajar2 yang mempunyai pemikiran yang berbeza-beza.kalau yang aspirasi suka la dia,tapi kalau yang mewakili suara mahasiswa meraka Akan memandang serong dan timbullah persepsi yang buruk kepada kita.

b) mengganggu= berikutan final exam sudah mahu mendatang,maka ramai pelajar2 yang ingin menumpukan pelajaran mereka.akibat bunyi bising yang datangnya daripada program tersebut akan menyebabkan pelajar2 lain terganggu dan sukar mengulangkaji matapelajaran.

Hakikat itu kami daripada Sedari juga dan kita cuba mengambil langkah untuk mengadakan rundingan terlebih dahulu sebelum melakukan tindakan yang seterusnya. kita tidak boleh menghalang mereka ketika program sudah hendak berlangsung tetapi kita akan berusaha untuk memahamkan mereka hiburan yang macam mana dibolehkan islam sebelum program masa program berlangsung.untuk maklumat lanjut boleh la bertanya saya di talian 0135449967..

No comments: