Tuesday, November 11, 2008

Antara JOHOR dan SABAH

tepat pukul 11.28 malam

kakanda yang kucintai menghantar sms. dik...kakak sudah call bapak.dia sakit sekarang tu kesian dia.? Hati mula bertanya, sebentar tadi baru jak saya call bapak.suaranya nampak gagah jak dari hari2 yang sebelumnya.kenapa mereka selalu menyembunyikan sesuatu perkara dari saya. kekadang diri ini rasa terlalu di harap oleh keluarga. sehinggahkan saya hanya di seruh fokus pasal pelajaran sahaja. kenapa hal ini berlaku? sehinggahkan bapak kemalangan pun saya tak diberitahu.masih kanak -kanak kah aku? masih tak bolehkah saya mengetahui hal2 keluarga

rumah di sandakan?

Perpindahan daripada sandakan ke johor, telah mengubah lensah persekitaran hidupku.7 bulan berada di johor bagaikan burung di dalam sangkar. mahu bergerak kemana-mana pun endak tau mahu ke mana. Ada juga berusaha bertanya-tanya dengan ustaz Abdullah.katanya cari ustaz zaiskandar. Tapi ustaz ni jauh daripada senai, dia di batu pahat.tempat Abangku Hasbih bersama isterinya menetap. selepas itu, saya hanya duduk diam di rumah bantu mak jaga cucunya, kawankan mak pergi pasar, pergi bandar dan pergi bank. Selain tu, malamnya berjaga pula dengan penduduk taman bintang utama ni jadi pengawal Rukun tetanggah.itu saja lah keja2 ku di johor.

rumah di sandakan

berbeza pulak ketika di sandakan? Mustaman s/u Pas daerah sandakan senior saya ketika di Elopura selalu bertanya, lepas gread ni bergerak di kawasan.Bantu saya? kadang mengalir juga air mata bila mengenangkan nasibnya. dia pun mahu berjaya macam kawan2 yang lain.mahu berumah tangga.mahu pekerjaan yang baik.keluhannya kadang membuatkan diri ini serbah salah.Mahu ke johor atau sabah...ibu bapa atau perjuangan. kawan-KAWAN atau pekerjaan.inilah dilema yang sedang menghimpit diri dan keluarga saya di Johor.

sms malam tu kepada akak.

kak saya bukannya tak mahu balik johor tapi saya ada perancangan hidup sudah.saya mahu menetap di sabah. mahu cari CALON ISTERI pun orang sabah.? keluh kakak...seolah-olah sedih sapalah agaknya yang mahu jaga mama dan bapa kalau macam ni.Pernah juga saya dan akak memujuk bapa dan mama balik sandakan tapi tidak juga di orang mahu.endak tahu kenapa?MALAHAN MEREKA suka lagi tinggal di Johor.

sms akak semalam

Akak sedih tengok mama sama bapa...macam tiada anak2nya yang ambil tahu pasal mereka.kalau kau sudah habis belajar jangn lah kau mahu kawin terus ya..? kata kakak pada saya.persoalan tu membuatkan saya menelan air liur seketika...pasal kawin ni ada juga di rancang.tapi biarlah rahsia bila tarikhnya.nanti heboh pulak masyarakat KAL ni.TAPI insya Allah bila seru dah sampai.macam mana juga kan?tapi>>>> antara johor dan sabah ni mana saya mahu pergi ya???

ANTARA perjuangan atau keluarga?
ANTARA Calon isteri atau keluarga?
ANTARA sahabat atau KELUARGA?

Ya Allah tetapkan lah hatiku di dalam melakukan sesuatu ya Allah.
Jangan ya Allah ENGKAU biarkan nasib kami ini di tentukan oleh diri kami sendiri ya Allah walau sesaat atau kadar yang lebihpendek daripada itu ya Allah? Amin ya rabbal alamin.

Doakan rezeki ana berada di sandakan. I LOVE SANDAKAN?

No comments: