Thursday, November 13, 2008

optimis!!!

selepas pukul 12.00 p.m

Saya bercadang2 mahu berjumpa dengan abangku yang hensom Asri Abdullah. Gelak tawanya mula menerawang di benak fikiranku. Aku dengan pantasnya berlari menuju ke bilik abang Johan. Assalamualaikum... ternampak sebujur badan umpama makhluk, sedang berbual - bual. Tapi berseorangan? nananaa? hatiku mula goDyah...wadu2 ( bahasa indon ). Sapa si garangannya ni...? ya... sedang dating kah? tawaku dalam menyindir kepada Abang Aliff?hehehe? tak da la katanya. sedang call sahabat. lelaki jawapnya sepontan..Ada nampak Abang syukri kah...dia di bilik abang Johan. Hasli pergi dulu nanti abang menyusul..kata abang Aliff. ok terima kasih? Assalamualaikum??

Dadih

Dadih o dadih kenapa engkau sedap??? macam mana aku tak sedap
ini buatan bapa...2x ( saja menyanyi ketika menuju bilik abang Johan )
dapatkah ni aku merasakan dadih secara percuma? Dadih abang johan memang sedap.lebih sedap daripada dadih di gerai BADAR...matilah statement berat ni...mesti aku kena tembak oleh pengerusi lajnah pembangunan ekonomi ni kerana tak puji dadih mereka.saja memprovok supaya lebih kehadapan sikit...

bilik Abang Johan

Assalamualaikum...? wa alaikumsalam balas mereka. Abang johan sedang duduk kemas di kerusinya menghadapa destop kesayangannya.Abang syukri yang hensom ni sedang baring2 membaca atau menghafal Al- Quran. Abang Rosman pula entah buat apa? Jom main game? Takken 3 pelawaku kepada mereka.dan itu adalah salah satu niatku datang ke bilik abang Johan. dengan misi mengalahkan abang Rosman yang cukup champin dan seni game ni.sampai krim tangan saya di buatnya endak juga dapat mengalahkannya. Akhirnya Kami berhenti juga setelah penat..?

kungfu Panda

Sebenarnya entri yang ingin saya kisah kan disini adalah berkenaan movie kantun kungfu Panda. walaupun siri movie ini sudah agak lama di bicarakan di bibir2 blogges tempatan namun baru semalam saya berkesempatan melihatnya.kesian kan best juga citanya ya... walaupun si PANDA tu selayaknya tidak menjadi JUara pertandingan tu namun dia cuba juga akur akan watikah pelantikan yang di berikan kepadanya. Pada awalnya, seolah-olah dia hendak futur juga tapi...oleh kerana keinginan dan kamahuan yang tinggi akhirnya dia berjaya juga mengalahkan sang harimau belang yang jahat itu.

Dalam cerita itu juga terselit beberapa pengajaran lain antaranya,

1) walaupun kita tidak mempunyai ilmu dan pengatahuan namun kesungguhan dan keyakinan pada diri itu penting. kerana ilmu dan pengatahuan itu boleh di pelajari dari semasa ke semasa.
2) tidak mudah mengalah. lihat saja sang PANDA yang cuba mempelajari sesuatu.walaupun mendapat sistem pentarbiyyaan yang tidak mengikut flow pada pengamatan saya. namun potensi yang tersembunyi terserlah juga setelah bakat yang ada pada diri setiap individu itu dikenal pasti.
3) senang dengan tugasan.selalu saya berpesan kepada sahabat dan sahabiah yang di kasihi sekalian.dengan kata-kata kita bergerak kerja dalam islam bukan kerana adanya masa lapang, tetapi kita bergerak kerja dalam islam kerana islam itu melapangkan..kembali pada sang PANDA. bagaimana dia berhadapan sang HARIMAU bintang. tidak mudah menggelabah..releks tenang, cool. tapi jangan pulak sampai sudah terhantuk baru terngadah.saya cuba nasihatkan diri dan sahabat2 sekalian.
4) memberi peluang. saya suka juga menegur sikap sesetengah pihak kita yang suka memandang serong kepada orang yang belum kita dekati. maksudnya first inspiration kita sudah memandang jelek orang2 lainyang tidak sededudukan dengan kita.tidak berkopiah macam kita ni tak elok..yang duduk di tepi jalan tu tak elok? ini semua adalah tidak bagus..dan perlu di ubah.takut saja kita berdakwah tapi tak kena uslub dan memahami wakhi setempat.ana pun baru gak belajar ni bab wakhi.kalau dahulu sembur jak...akibatnya nanti kita sendiri yang kena? jadi uslub kena ubah.beri peluang kena ada.

Apa kaitannya dengan kita?

1) Pimpinan Badar perlu bersemangat lagi..perlu kuat lagi.masalah ilmu kurang, hendaklah diseiringkan dengan gerak kerja. ilmu boleh dicari dan diperkukuh lagi dengan istiqomahnya kita dalam USRAH, PERBANYAKKAN MEMBACA AL-QURAN, MEMBACA BUKU2 HIRARKI, BLOG2 DAN AKHBAR2 TEMPATAN. saya syorkan bacalah blog saya..hehehehe. KITA kena juga terus bekerja, sakit, perit, cabaran perlu dirintangi. provokasi daripada mantan2 jangan di pandang berat.PROVOK mereka semula.mereka menyidir kita juga menyindir..mereka bermasam muka kita pula bersenyum senda.biarkan mereka...biar mereka rasa apa itu orenss.

2) PERLU berkobar - kobar. jangan mudah mengalah...kita harus sedar yang menekan kita hanya saja mantan2 kita, ahli gerakan kita sendiri, bukannya orang lain.bagaimana pula nanti jika HEP, FRU, atau encik USAMAH...? Jangan mudah mengeluh syeihk2...dan syeikhot2 sekalian. MEREKA masih bersama kita...mereka tak kan biarkan kita bersendirian.semuanya PROVOKASI jak...itukan proses untuk jadi pimpinan kena bersabar..terus bergerak.

3) senang dengan tugasan. Bukan senang mahu tuntut pengorbanan orang mang. kata ku padanya.(Abd.Rahman ) kadang dia sendiri jak yang wat banner, wat segala2nya.sehinggahkan tertidur di kelas.dah tu kena tegur pula oleh lecture? kesian dia sahabat2ku. dialah exco teknikal. exco publisiti. exco pengisian. exco apa lagi semuanya dia sudah round.penat juga dia syeikh.jadi kita kena bersama2 dia.jangan biarkan dia terasa bersendirian.jangan memilih bidang tugas.kalau cuci piring atau talam semuanya lari?walaupun selalu di momokkan dengan makanan yang terakhir dapat isteri solehah endak juga berkesan.sebabnya malas cuci talam.pilih kerja...jangan syeikh...jangan ?

4) Memberi peluang. ana banyak terima komen daripada masyarakat kampus.Budak BADAR ni berpuak-puak, syok sendiri, tak boleh bergaul...sapa di orang ni ya.?kalau muslimin tiada pun masalah ni. tak da pun kritikan seperti itu.wah>> sapa makan lada dialah terasa pedasnya.jadi ambil pengajaran pada movie kungfu panda.

kesimpulannya, kita ini daie. kita juga punya kelemahan dan kekurangan. selayaknya juga kita ini bukan daie. tapi oleh kerana kesedaran selaku umat islam yang punya kewajipan. kita perlu berubah, perlu mendekati, bagaiman..tungguh BADAR 2008 /2009 SEMESTER DEPAN. sebarang idea daripada pihak2 yang menprovok amat dia alu2 kan.

P/S kami budak baru belajar,
dapat tarbiyyah dari umskal,
kalau ada silap dan salah,
mari kita provok memprovok..heheheheeh
JIKA SEDAR SEMANGAT SAHAJA YANG ADA BERSAMA KITA.MAKA RAJIN2 LAH BERTANYA PADA PIHAK2 YANG MEMPROVOK.MEREKA ADA SESUATU YANG INGIN DITERUSKAN DAN KITA SEPATUTNYA MERUSKANNYA DAN BUAT JUGA PEMBAHARUAN.SETIAP PIMPINAN TIDAK SEMESTINYA HARUS MEMBUAT PEMBAHARUAN TAPI, BIARLAH DAHULU PEMERKASAAN, KESINAMBUNGAN, BARULAH PEMBAHARUAN DAPAT DIKECAPI SEIRING DENGAN SYARIAT ILAHI.

waiza kilalahut takillaha akhozat hul izzatu bil ism' faas buhu jahannam walabihsal mihadd.(al-baqorah 155).

TAKBIR!!!!
TAKBIR!!!!
TAKBIR!!!

Abdillah, Harieyadi, Rahman, Hakim(2), Sutrisno, Salam
Ashmawi, Shairazi, Azri, Tajol, Raffi, Abu
Mahira, Qatrun, Dayang, Nadia, Murlidah, Hasni, Asyikin (2),
Azlina, Athirah, Aisyah, Zafirah, Hazwani, Amilia



No comments: