Sunday, January 11, 2009

Allah Tunaikan janjinya.


Perhimpunan aman palestin selepas jumaat hari itu berakhir dengan bacaan doa rabithah oleh sahabat saya Abdillah Matlin. Sebelum perhimpunaan pada hari itu saya sempat menasihati beberapa orang sahabat yang lain supaya memasang niat supaya kita juga ingin berperang.Gerak hati berkata dengan yakin JIHAD SYEIKH...JIHAD..

Sehabis sahaja perhimpunan petang itu, terasa penat menggulami diri, suara juga sudah hilang kerana terpekik melaungkan track mark perhimpunan.Pesan ku kepada teman sebilik.Abdillah Mat Lin yang di sayangi. Bangunkan aku ya sebelum maghrib.penat bah mau tidur dulu.

Tidak berapa lama di dalam kelelapan itu, dunia ku sudah berubah.aku terlena dan begitu asyik.Tiba -tiba, dentuman yang kuat mula berbunyi di sekitarku. Aku sempat melihat ada lebih kurang 20 orang pemuda palestin yang berada di sekitarku sedang berperang dan berjuang menentang yahudi laknatullah.

peluru mereka memang canggih bulat berwarna putih cair guli, aku sempat melihat seorang daripada mereka berkata kepadaku syeikh hati - hati ? nanti kena nampak susah sudah mahu mengelak. Rupa-rupanya peluru yahudi boleh mengejar orang sebab itu dia suruh aku berhati-hati , dan kebanyakan daripada pejuang syahid kerana kepenatan mengelak peluru yang datang bertubi -tubi. aku sempat juga melihat mujahid itu sedang memikul seorang sahabatnya yang sudah cedera terkena tembakan yahudi. mungkin dia juga sudah syahid. kawannya longloi. aku bertanya siapa dia ini? tapi pada waktu itu tiada masa untuk bertaaruf lagi...yang penting hanyalah jihad.

Akhirnya, kami terpaksa berundur tentera israel kian rakus maju memusnahkan dan menjajah tanah palestin. Hati pada waktu itu punya rasa sedih, aku berteriak dan bertanya kepada beberapa orang sahabat tadi, kenapa kita berundur? tapi pertanyaan saya tidak ada seorang pun daripada mereka yang mahu menjawabnya.semuanya diam. Termasuklah syeikh yang menasihati saya tadi supaya berhati - hati di medan perang. Mungkin ada mesej yang ingin dia sampaikan.? Jangan terlalu nampakkan diri ? Kenapa ya...

Semasa mencari tempat perlindungan atau kubu yang baru...kami turut melalui satu perkampungan. Perkampungan itu hanya dihuni oleh kaum wanita sahaja,mereka berkulit hitam memakai pakaian berwarna kuning seperti sami. Seolah-oleh wanita afrika.?aik..aku pun terfikir adakah keganasan israel juga telah sampai ke afrika, bukan kah aku sekarang berada dalam perang di palestin. Di mana aku sebenarnya? semua tempat sedang berperang...perang dunia ke-3. Aku sempat juga memberi salam kepada seorang ibu? Assalamualaikum bu...kata ku kepadanya...dia hanya diam ketakutan.lari daripada kami...

ketakutan yang tergambar dalam riak wajah mereka sudah tidak dapat di bendung lagi. Kehidupan manusia pada WAKTU itu sudah tiada ertinya. wanita ketakutan, adik kecil menangis terbiar tanpa dakapan ibu dan bapanya. Aduh...bergetarnya jasad ini...?terasa haram memakan makanan yang enak2. PerutKU memboroi mengembung tidak terbatas. Berlinang air mata. Aku hanya mampu melihat dan menangis..di lubuk hati berkata...hasli kau penipu? KAU penipu?penipu?

kami terus mencari kawasan yang strategik, aku dan beberapa orang sahabat juga melalui satu sungai yang jernih...airnya sejuk dan menyegarkan. Airnya mengalir tenang. aku pun berkata di dalam hati. Masih hidupkah kami, ketenangan itu tidak pernah di lihat. segala keseronokkan dan kerja-kerja dunia, kerja Badar, assignment terlupa dalam sekelip mata. Adakah ini janji Allah yang di gambarkan kepada mujahid-mujahid yang syahid di jalanNYA. Al-jannah, INIKAH JANNAH NYA.

Sahabat-sahabat yang bersamaku tadi semunya senyum riang bergembira.tertangis mereka, air mata deras mengalir di setiap pipi mereka. takbir kegembiraan..alhamdulillah diucapkan.aDakah itu kemenangan sebenar.? atau mesej seruan supaya aku juga pergi berjihad bersama mereka atau gambaran ganjaran yang Allah berikan kepadaku. jika aku juga bersama mereka berjihad di palestin.

tiba-tiba keseronokkan itu terganggu, serangan yahudi datang lagi, kami berlari mencari tempat perlindungan. Semua sahabat sudah bersedia untuk syahid. Gambaran sungai yang tenang tadi menjadikan kami bersemangat untuk tidak berundur lagi. Angguk sahabat saya, Padi kali ini barulah Hasli...air mata mengalir deras menuju medan PERANG. takbir di laungkan...tapi akhirnya tidurku berakhir di situ. di kejutkan oleh Abdillah...bangun li?bangun.Maghrib sudah.?

tapi aku tidak sempat syahid?kawanku tadi...ana berdoa semoga dia, sempat syahid mencari mardhotillah. aku mohon maaf syeihk, aku tidak punya wang dan kuasa untuk pergi ke palestin. tapi niat AKU JUGA KUAT MAHU BERJIHAD.

kata-katanya:

HATI-HATI JANGAN TERLALU DEDAHKAN DIRI KAU? AKAN TERUS SEGAR DALAM INGATAN.SAHABAT JIHADKU YANG TIDAK SEMPAT UNTUK AKU KENALI...RUPAMU TETAP KU INGAT DALAM INGATAN.

P/S peluru putih tu adalah tembakan kereta kebal.jika terkena tidak sakit.cuma jasad kita saja yang hancur.itulah janji Allah.

Orang yang berjihad di jalannya,tidak merasa sakit jika ia syahid kecuali umpama gigitan semut sahaja.Takbir!!!

Allahuma inna naja aluka fi nuhuri ahda ina.wanahuzubika min syururihim.Allahummah baddid syamlahum.wafarrik jam ha hum.wasattit kalimatahum.wazalzil akhdamahum.washollit alaihim kholbam min khilabik.ya khohar ya jabbar ya mun takim.ya Allah ya Allah ya Allah. Allahumma ya mun zilal kitab, waya muj rias sahab.waya azimal ahzab.ihzimhum, ihzimhum, ihzimhum, wan syurna Alihim.

1 comment:

Normaziah Khori said...

trm ksh atas perkongsian yg benar2 menyerap ke pelusuk tubuhku. Semoga obor yg membakar dlm dirimu terus membara dan menghangatkan semangat pemuda yg lain.