Saturday, January 10, 2009

Renungkan kata-kata ini

sebenarnya seruan boikot sudah lama di laungkan.kalau tidak silap saya pada 10 oktober 2001.oleh prof.dr yosuf Al-Qardawi semasa sidang medianya bersama Al - Jazirah.
waktu tu ada juga rakan-rakan yang seolah-olah tidak ingin memboikot,suka sangat dengan KFC COCA-COLA dan MAGGI.saya kata tidak apa lah kalau pun tidak mampu boikot semua,boikot la setakat yang mampu.sekurang-kurang jaringan pertambahan nilai mereka tidak bertambah bahkan berkurang. Renungi kata-kata di bawah ini..?

“Wahai Manusia, tidakkah anda berfikir? Tidakkah anda memiliki perasaan lagi? Tidakkah anda merasakan kepahitan negara-negara Arab dan Islam dalam hal ini? Darah yang paling murah adalah darah kita! Kita telah menjadi bahan percobaan bagi senjata-senjata dan peluru-peluru serta teknologi mereka. Persenjataan perang ini dibiaya oleh wang kita, dalam gaya hidup konsumerisme yang mereka paksakan pada kita. Saya bertanya kepada Anda semua, dengan nama Allah. Saya bertanya kepada Anda semua, atas nama ribuan orang yang mati di tangan pengganas-pengganas itu pada tahun 1948, 1967, 1973 di Qana, di dir Yassin, Di Bahr Al-Bakar, di Semenanjung Gaza dan di Al-Quds?” “Saya bertanya kepada Anda semua, atas nama orang-orang yang mati syahid untuk kehormatan kita. Saya bertanya kepada Anda, atas nama seorang anak kecil bernama Muhammad Al-Durrah, yang syahid dalam pelukan ayahnya diterjang peluru-peluru dari wang yang telah kita sumbangkan bagi mereka. Apakah akan jadinya kita? Kita memiliki mata, yang tidak dapat kita gunakan untuk melihat? Kita memiliki telinga, tetapi tidak kita gunakan untuk mendengar? Kita memiliki hati, tapi tidak lagi dapat merasakan lagi. Mereka telah menjadikan kita sebagai pengguna-pengguna yang buta, yang rela membayar wang untuk membiayai senjata mereka, untuk mendukung aksi keganasan mereka di dunia Arab dan Islam. Boikot mereka sekarang!!! Sekarang atau takkan pernah selamanya !!! “Yusuf Al-Qardawi.

innama walliyukumullahu warasulahu wallazina amanullazina wayukimunas solah, wayu'tu naz zaka, wahum ro kiun.

wamayyatawallahu warasulahu wallazina amanu fainna hizballauhi humul gholibun.
(Al-Maidah 55-56)
terjemahan boleh lihat Tafsir Quran sendiri. Takbir!!!
kepada yang memboikot?
ISTIQOMAHKAN MEMBOIKOT.

No comments: