Monday, March 2, 2009

Maaf kan Aku ?

wah lamanya tidak up date blog ni.banyak kerja kah bos ? assignment kah ? mesti kekasih ku harieyadi ketawa bila sebut aku mahu wat assignment. bukan lah? senyum ku ringkas, program banyak bos.lain cerita?

baru jak sebentar tadi aku habis berusrah dengan kawan2 dari sandakan.tajuknya KAYA GERAK KERJA MISKIN ROHANI.

bagi aku la wassotiah itu penting.wassotiah tu apa? seimbang bos.atau bahasa kampungku tengah2.tidak lebih kan rohaniah semata-mata dan tidak kurangkan gerak kerja.ataupun tidak kurangkan rohaniah tapi lebihkan gerak kerja.

tapi apapun kita selalu dan seharusnya bertindak atas keadaan semasa, setempat atau di sebut oleh bahasa ayahku wakhi.sebut pasal wakhi ana mmg bukan la orangnya tapi kita belajar dan bagi pandangan.

tajuk usrah kami pada kali ini aku suka kaitkan dengan pertembungan dua pihak antara yang pentingkan gerak kerja ( ibadah ) dengan amalan2 rohani yang kita selalunya kaitkan dengan amalan asasai seorang individu muslim kepada Allah s.w.t. misalnya Solat lima waktu, zakat, puasa, tunai haji jika mampu QIAM.

Ataupun konflik antara tarbiah ( ibadah khususi ) dan siasah ( ibadah umumiah )? pedas dan hangat di bicarakan.

timbul persoalan yang di utarakan oleh seorang sahabat, yang mana satu lebih mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. adakah amalan ruhiyyah individu ( ibadah khususi ) atau gerak kerja ( ibadah umumiah ).

amalan ruhiyyah macam mana? katanya solat lima waktu, zikir dan solat.dan lebih spesifiknya Qiamullail. yang keuntungannya dapat pada diri sendiri.

gerak kerja macam mana? katanya program2.yang boleh kita simpulkan gerak kerja pada masyarakat.pada adik-adik macam MTC / MIT / NADWAH KEPIMPINAN / OPKIM DAN sebagainya. yang di sini ble saya katakan hasilnya dapat pada diri kita sendiri dan orang lain.

o macam tu maksud anta? bagi aku la.jawab ku? amalan yang lebih baik adalah gerak kerja yang baik. atau ringkasnya ibadah umumiah lebih mendekatkan diri kita kepada Allah. gerak kerja yang baik sudah tentu terhasil oleh kerana amalan khususi tadi tidak qiam pun asalkan yang asasi terjaga kira ok la tu.

soalnya lagi? kalau tidak solat orang yang buat gerak kerja itu macam mana.jawabku macam mana mahu di kira gerak kerjanya itu ibadah kalau yang asasi pun dia tidak buat atau lepas. gerak kerjanya itu sia-sia.boleh jadi tidak di kira oleh allah s.w.t. waula u alam.

jadi bagi aku la. gerak kerja ( ibadah umumiah ) yang baik sudah tentu lebih baik dan lebih mendekatkan diri pada Allah s.w.t daripada amalan khususi, yang hasilnya hanya dapat padat pada diri kita sahaja. KENAPA?

a).mendapat kedua-dua manfaat.

bila kita melakukan gerak kerja yang baik dan kerana allah s.w.t sudah tentu itu dikira sebagai ibadah.tapi perlu di ingat yang asasi seperti solat lima waktu jangan di tinggalkan.bayar zakat fitrah, Qiamulail dan sebagainya.

dalam gerak kerja atau ibadah umumiah yang kita lakukan manfaatnya akan dapat pada kita sendiri dan juga sudah tentu orang lain bukannya untuk kita sahaja. buktinya lihat di bawah:

ada hadis yang mengatakan;
sebaik2 manusia adalah manusia yang bermanfaat utk
orang lain.riwayat sapa ntah lupa plak.

jadi gerak kerja yang bermanfaat pada orang lain adalah lebih baik dan mendekatkan diri pada allah berbanding ibadah khususi.

dalam hadis lain:
pahala orang yang malakukan usaha2 dakwah atau jihad ( gerak kerja ) adalah lebih baik daripada sembahyang sunat 1000 rakaat.termasuk la tu Qiamullail.

jadi ibadah yang bermanfaat atau manfaatnya memberi kebaikan pada orang ramai adalah lebih baik daripada ibadah khususi.dan lebih di sukai oleh allah s.w.t.

contonya gerak kerja agama dan kerohanian seperti MTC / MIT / OPKIM / JELAJAH KORBAN DAN SEBAGAINYA yang mana hasilnya bermanfaat pada orang ramai sdh tentu memberi kesan yang lebih baik daripada allah s.w.t untuk diri kita juga.

dalam program-program ( gerak kerja ) kita juga boleh buat Qiamullail, kita boleh buat zikir-zikir dan sebaginya,yang mana kita mendapat keduanya.gerak kerja dapat, ibadah khususi pun kita dapat.kan itu lebih mendapat kebaikan di sisi Allah.

kalau program khidmat masyarakat dengan penduduk pendalaman pula misalnya, kalau la mereka ini saudara baru kita masuk islam.sudah tentu ganjaran yang besar daripada allah s.w.t dapat kepada kita.

dan lebih manis jika mereka dapat meneruskan apa yang kita ajarkan kepada mereka.sahamnya besar...dan ganjarannya juga besar daripada Allah s.w.t.kan itu lebih mendapat redha Allah daripada solat sepanjang waktu.

klo program2 pula, adik2 kita jika mengikuti jejak langkah kita sudah tentu saham2 nya dapat kepada kita juga. jadi kita dapat jaga hubungan dengan Allah dan manusia dan insya Allah pada alam semesta jika aset yang di hasilkan itu cintakan allah dan rasulnya.cintakan islam juga.

dalam al-quran pula:
surah as - shaff ayat 10-11.

ya haiyu hal lazi na amanu hal adullukum ala tijaratin tun jikum min azabin azim

tu' minuna billahi warasuli Watujahidu na fi sabillilahi bi am waa likum, wa ang fu sikum zalikum khairum ing kun tum ta'lamun.ilal fil akhir ayat.

yang maksudnya,
wahai orang2 yang beriaman.mahukan kamu aku ( Allah ) tunjukan kepada kamu perniagaan yang menguntungkan kamu.yakni perniagaan yang menyelamatkan kamu daripada azab api neraka. yakni kamu mengikuti, taat, beriman kepada perintah allah dan rasulnya dan berjihad di jalan allah dengan harta dan dirimu... baca hinggah akhir ayat.

daripada ayat quran tadi sudah jelas menunjukkan allah ada mengatakan mereka berjihad di jalan allah ( gerak kerja )watujahiduna fi sabillilahi.gerak kerja sabillillahi ni jihad jak kah.oh tidak?

sebenarnya belajar pun jihad, jual air yg sumbangannya utk islam pun jihad, dan apa sahaja utk islam juga di kira jihad.program2 pun jihad la kan?gerak kerja islam pun jihad juga la kan?mungkin ya mungkin tidak.

lagi...awal ayat itu allah kata apa agy.mahukah aku tunjukkan kamu perniagaan yang menyelamatkan kamu daripada azab api neraka.jadi faedah yang besar kita dapat jika kita ikut gerak kerja islam dalam masa yang sama yang asasi seperti solat dan qiam tidak ditinggalkan.

sirah:
pada zaman khalifah ntah khalifah apa.khalifah haron kalau tidak silap aku.waktu itu perang sedang berada di kemuncaknya.pada ketika itu terdapat dua percanggahan pendapat sama ada mahu pilih orang yang warak, alim, kuat qiam dan zikir tapi kurus, tapi lemah jadi panglima perang atau orang yang kuat minum arak, judi dan maksiat tapi masih islam tapi tegap dan tahu pasal perang.bila ditanya pada ulama.apa jawab ulama itu.yang pandai minum arak itu lebih baik jadi panglima perang daripada yang warak itu kenapa?

sebabnya yang minum arak itu dosanya minum arak dan maksiat yang lain di tanggung olehnya sendiri,akan tetapi pengalamannya boleh di gunakan utk kepentingan orang ramai. sedangkan yang alim tadi tapi lemah dan lembik, amalannya hanya tertanggung padanya sahaja.sedangkan musuh islam kuat dan tangkas.

daripada cerita ini sahaja,kita sepatutnya mementingkan gerak kerja yang manfaatnya memberi kebaikan pada diri kita,islam dan orang lain.atau kesimpulannya gerak kerja ibadah ( ibadah umumiah )dalam masa yang sama tidak meninggalkan ibadah khususiah.

peringatan: adalah menjadi sia-sia amalan ibadah sesorang hambah allah s.w.t jika yang asasi seperti solat di tinggalkan.sama la mcm paderi2 wat kerja2 baik tapi tidak diterima. sbbnya? bukan islam dan tidak kerana allah.inikan pula mahu lakukan solat.

harap fahAM

B). kearah Pemerintahan negara.
di malaysia kita sudah hampir menghancurkan kerajaan thoghut al-umnonion dan al BN nion. DAN SINAR islam KIAN TERSERLAH.buktinya sahaja lihat di kelantan.makcik2 cina sdh suka kepada islam ( PAS ) kerana suami2 mereka tidak lewat balik ke rumah AGY. kenapa? sbb pub2 atau kelab2 malam sudah di tutup.arak2 pun mahal2,tapi makanannya murah2.kelab2 penyokong semakin ramai keanggotaannya.jadi persediaan ke arah pemerintahan negara itu perlu di latih. bagaimana? dengan gerak kerja yang teratur dan mantap perlu dilakukan oleh bakal2 pemimpin negara.kenapa ? supaya persepsi orang non-muslim bertambah baik kepada islam. tapi perlu di ingat bukan menunjuk2 tapi menyiarkan syiar islam.wau la u alam.

c) penguasaan siasah ( politik negara ).
sesuatu yang batil itu boleh sahaja menewaskan yang haq jika yang haq itu tidak teratur. macam itu la kononya?kata2 saidina ali tu. atau lebih jelas ( gerak kerjanya ) yang tidak memberi kesan kepada semua masyarakat tidak berstrategi akan melemahkan persepsi masyarakat pada islam.ni tidak program2 kita, orang islam itu sendiri tidak mahu datang.kenapa? adakh di sebabkan akhir zaman ? kenapa pula mahu salahkan zaman.adakah kerana kita? mungkin ya mungkin tidak.

namun pabila gerak kerja kita itu mantap.dan kerana Allah taala,dan menarik minat orang ramai sudah tentu orang akan suka kita.orang non-muslim suka sama kita.bukan kah begitu?tapi bukan dengan mengikuti kehendak mereka.tapi kita menerangkan pada mereka pa itu islam.caranya terpulang pada antum sendiri.

saya teringat akan kata2 lim joi song di dalm seminar pemantapan akidahnya di K.K. tahun lepas.umat islam sekarang ni atau kita selama ini sebenarnya hanya melakukan islah tapi tidak dakwah.kenapa pula? sbb islah ini perubahan yang hanya kita lakukan pada masyarakat islam sahaja.sedangkan dakwah itu utk orang bukan islam.sama ada benar atau tidak kita kaji sama2 la.

jadi sebagai kesimpulannya:

orang islam yang melakukan gerak kerja ( ibadah umumiah ) sudah tentulah malakukan ibadah2 yang khususi terlebih dahulu. supaya amalannya tidak menjadi sia-sia2.dan gerak kerja ibadah ini sudah tentu lah akan mendatangkan kebaikan pada dirinya dan orang lain dan sudah tentu di sukai oleh allah s.w.t. atau lebih ringkasnya lebih dekat pada Allah s.w.t.

ALLAH TIDAK NILAI KEJAYAAN SESEORANG ITU ( HARI2 QIAM ) TAPI ALLAH NILAI USAHA ( GERAK KERJA ) SESEORANG ITU?

JADI FIKIRKAN LAH.GERAK KERJA ITU LEBIH BAIK UNTUK KITA MENDEKATKAN DIRI PADA ALLAH S.W.T ASAL SAHAJA KITA IKHLAS KERANA ALLAH.sebabnya kesan pada seluruh Alam.

AKU INSAN BARU BELAJAR KALAU SALAH TOLONG TUNJUKKAN.KALAU ADA SILAP DAN SALAH JANGAN DI SIMPAN DI DALAM HATI KALAU ADA SILAP DAN SALAH JANGAN DI SIMPAN DI DALAM HATI.ini just kesimpulan individu yang tidak di beri peluang untuk membuat kesimpulan.

ILAL LIQO ASSALAMUALIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATU.

APA PUN DOAKAN ANA ISTIQOMAH...JANGAN SEMBANG KEMAS SAHAJA. KUAT SEKARANG BELUM TENTU KUAT DI LUAR

TAKBIRRRRRRRRRRR!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

2 comments:

biar terbuang ttp berjuang said...

konfom..ndk jelas

Tinta Srikandi said...

Betul... betu... betul....
Jangan terlalu mudah membuat kesimpulan...

mungkin kita tidak faham apa sebenarnya yg org ingin maksudkan...

Apapun teruskan langkah, proses pembelajaran memang rutinnya bangun dan jatuh.. ,