Tuesday, September 8, 2009

UST HAD HARI & ONE MALAYSIA



melihat kepada video di atas apa yang boleh kita simpulkan duhai adik-adikku Sekretariat Masjid.
ana melihat beberapa perkara :

1. Berani berhadapan dengan pihak Musuh.
2. Bersedia menghadapi kemungkinan yang berlaku.
3. Kenapa harus berlaku konflik.

Berani berhadapan dengan pihak musuh.

Teringat akan hadis Man ra a minkun mungkar fal yughair u biyadihi faillamyastati fabi lisan faillam yastati fabi kholbi wazalika ad afu iman. Ramai orang yang salah menggunakan hadis tersebut untuk mengelak daripada mengatakan sesuatu yang benar dihadapan pihak yang seharusnya diperbetulkan,mereka beralasan ini sahaja yang mampu saya lakukan. Kamu jumpa lah pengarah untuk menegur tindakan mereka, dan tidak kurang juga yang hanya suka mempersoalkan tindakan kita tampa menuju kepada asbab-asbab kita berkelakuan sedemikian.dan hanya bersandarkan kepada andaian-andaian wasangka semata-mata.

saya bukan lah orang selayaknya untuk membicarakan soal pengorbanan kita dan juga orang lain, tapi disini saya ingin membicarakan setakat mana usaha kita untuk menegur orang yang sepatutnya ditegur.laungan kulil haq walau kana muran sudah tidak menjadi pegangan kita.sebabnya adalah siasah jangka pangjang?

persoalan saya jesteru itu bagaimana kita ingin menegur mereka.adakah hanya menurut sahaja kata mereka sebab ingin menjaga siasah jangka panjang.memudahkan kelulusan program-program kita, atau kerana ingin makan berbuka puasa di masjid secara percuma.lebih teruk lagi alasan yang mengatakan kami yang menjadi pimpinan dan kami yang akan berhadapan dengan mereka.aduh milik siapa kah jamaah ini...adakah milik pimpinan sahaja atau milik ahlijamaah.

Rakan-rakan sekalian

Teringat akan bicara ust.Nasaruddin tantawi di dalam muktamar gamis pusat baru-baru ini berkenaan hadis yang saya namakan di sini faillasyastati, beliau mengatakan bahawa yang selemah-selemah iman ialah melakukan demonstrasi.Memang wakhi kita tidak sesuai lagi untuk melalukan demo.tapi timbul juga persoalan bila kah kita akan memecahkan wakhi itu..kita kah yang mengikut wakhi atau kita yang mencorak wakhi.pasal wakhi ini hal lain.

sambung beliau lagi hadis itu mengatakan selemah-lemah iman ialah menegur dengan hati.bagaimana kita ingin menegur orang dengan hati,jika orang tidak melihat segala isi yang terkandung di dalam hati kita.jadi beliau mengaitkan menegur dengan hati di sini ialah meluahkan segala yang terbuku di dalam hati dengan caranya berdemonstrasi dan itu adalah selemah-lemah iman.

jesteru itu tindakan berjumpa dan berbincang dengan ustaz HAD HARI bagi menyatakan hasrat kita adalah sesuatu tindakan yang masih ringan berbanding demonstrasi.Perjumpaan itu biarlah memberi kesan kepada dia, selama ini ya kita berjumpa tapi sudah menjadi lumrah ust HAD HARI BILA berbincang masuk telinga kanan keluar telingah kira.Biar la teguran pedas itu menusuki kalbunya agar pengurusan masjid dapat diperbaiki pada masa akan datang

Bersedia menghadapi kemungkinan

jika didalam video tadi kemungkinan yang diperolehi oleh koboi tersebut ialah kematian, kemungkinan yang kita perolehi pula apa?

saya melihat dua perkara, yakni kemungkinan baik dan kemungkinan buruk.tiada kerja tanpa risiko.tiada kehidupan tampa kecaman.buktinya hal ini telah di rakamkan oleh Allah s.w.t dalam Al- quran,dimana iblis tidak akan membiarkan umat nabi adam terbiar begitu sahaja.dan dia berjanji akan menyesatkan kita.

kemungkinan baik:

a. Pihak masjid akan memperbaiki sistem pengurusan.
b. ust HAD HARI akan datang manjadi imam sekurang-kurangnya zohor dan asar.
c. ust ONE MALAYSIA pula akan menjadi bilalnya.
d. Peranan sekretariat masjid akan di ambil kira.

kemungkinan buruk:

a. Pihak masjid akan menghadkan hubungannya dengan kita, jadi jawapannya kita akan menjadi malaikat baik.
b. Pihak masjid tidak mengiktiraf kewujudan SM sampai bila-bila.dan memang itu berlaku sekarang.
c. Program-program sukar mendapat kelulusan.

sahabat rakan-rakan sekalin.

ingatlah akan ayat yang mengatakan, "wahai orang-orang yang beriman berangkat lah kamu berjuang dalam jalan Allah sama ada keadaan berat atau pun ringan".

dan ayat berjihadlah kamu di jalan Allah dengan harta dan diri kamu dan itu adalah keberuntungan yang nyata.

kenapa harus berlakunya konflik ?

pendek saja jawapan saya Kita sebenarnya juga tidak ingin mewujudkan konflik atau konfrantasi ,kita telah banyak berjumpa dengan mereka, bertahalluf, berdiskusi, memberikan cadangan.tapi sayang seri kali sayang semuanya hanya manis di bibir sahaja.

akhir kalam yang baik itu datangnya daripada Allah dan yang buruk itu datangnya daripada kelemahan diri saya sendiri.

No comments: