Sunday, October 25, 2009

PEH Memang Benua'



Assalamualaikum salam merah membara,
Rakan-rakan dan taulan sekalian,ini lagi satu bukti mengapa kita perlu menolak sistem E-vote. Saya dimaklumkan baru-baru ini bahwa UMS akan mengadakan bengkel khas bagi calon-calon yang ingin bertanding.syarat yang ketat juga dikenakan,dimana bakal calon yang tidak mengikuti bengkel atau kem ini tidak akan di pertandingkan.makananya wajib mengikutinya lah..Bijak memang bijak bangsa PEH ni ya.

Sahabat sahabiah yang dikasihi sekalian,

Saya ingin bertanya ? Sebenarnya kita ini mencaturkan atau kita ini dicaturkan.inilah menomena kampus yang telah melandah kampus-kampus kita. Yakni carta organisasi MPP kita mereka sudah caturkan melalui kem atau bengkel tersebut, bagi calon2 yang dilihat radikal dan menonjol tapi tidak dimata PEH mereka dengan mudah sahaja melakukan apa-apa, terdapat beberapa kemungkinan yang akan mereka lakukankepada calon Pro-M misalnya:

a)Carta organisasi MPP sudah boleh diaturkan awal-awal.Walaupun calon kita menang besar dalam calon Umum, namun diletakkan sebagai Exco-exco kecil sahaja.tidak dinafikan pihak canselor memiliki kuasa untuk melantik mana-mana calon untuk menjadi majlis tertinggi, namun persoalannya di sini di mana kesaksamaannya.Jesteru itu mereka cuba mencorak dari awal lagi.

b)Kemungkinan kedua,ianya menyokong kuat mengapa perlu sistem E-vote ini dihapuskan. Melalui bengkel ini mereka dengan mudah melihat siapa calon kita, atau siapa yang menentang nanti dengan modul-modul yang disengajakan tidak mengikut syarie.tujuannya adalah mengesan sapa yang tidak ikut kepala mereka.kan mereka ini suka bersuka-sakan,berpesta-ria.

c)Kemungkinan ketiga,tipu muslihat boleh berlaku dalam PRK.Mengapa saya mengatakan demikian, melalui bengkel tersebut mereka dapat mengeanalpasti mana calon yang menyokong dan menentang mereka.Maka dengan mudah sahaja mereka boleh menambah jumlah undi bagi calon mereka jika kalah dan mengurangkan jumlah undi calon PRO-M jika menang.Ini lah kebobrokan bang PEH ni.

d)Kemungkinan keempat, Mungkin sahaja melalui bengkel ini. Mereka dengan mudah dari awalnya lagi mencantas atau mencari helah untuk mencari alasan supaya calon Pro-M ini dibatalkan daripada bertanding.

Semua ini adalah kemungkinan yang akan dilakukan oleh mereka, selaku mahasiswa kita hendaklah bijak menghidu apa sebenarnya muslihat sang Benua’ ini.

Jesteru itu, sebagai mahasiswa yang berpendirian. Kita sewajarnya memikirkan lebih banyak lagi strategi-strategi yang boleh memenangkan calon kita.ini hanyalah kemungkinan.sama ada betul atau tidak terpulang kepada penilaian antum semua.takbir!!!

No comments: