Sunday, October 18, 2009

siswa menjerit..?



Sistem E-vote satu penyelewengan

Kewujudan sistem pilihan Raya kampus ( PRK ) di semua kampus-kampus Universiti di Malaysia sememangnya menjadi suatu perkara besar yang sering diperbincangkan. Perkara-perkara seperti siapakah yang akan bertanding ? siapakah yang akan menang ? calon Pro –M kah atau Aspirasi yang menang ? sememangnya senantiasa menjadi penantian yang amat mendebarkan jiwa -jiwa dan hati –hati siswa - siswi yang celik akan kepentingannya. Namun apa yang menjadi tanda tanya kepada kita sekarang ialah, bilakah tarikh sebenar pilihan raya kampus ini akan dijalankan? Ada yang mengatakan tahun depan, Namun ada juga yang telah habis menjalankan pilihan raya kampus ini. Misalnya UUM, jadi dimana asas kukuhnya tarikh yang sebenar? Kenapa perlu di tangguh-tangguh?

Siswa siswi sekalian.

Malaysia merupakan sebuah Negara maju yang mengamalkan sistem Raja berperlembagaan di mana ianya menjalankan sistem undi atau sistem demokrasi sebagai satu wasilah ( kaedah ) bagi melantik wakil-wakil rakyat yang telah menjadi calon. Jumlah undi bagi setiap calon akan di umumkan setelah tamat sudah proses pengiraan undi yang terkumpul. Calon yang meraih jumlah undi yang paling banyak akan di umumkan sebagai wakil parlimen ataupun DUN itupun bergantung kepada kawasan dan tempat dia bertanding.

Bilamana kita melihat perkara tersebut di kampus-kampus seluruh Malaysia, pengaplikasian dalam kampus dan luar kampus adalah tidak sama. Penggunaan sistem E-VOTE dikebanyakan kampus seluruh Malaysia sememangnya menggambarkan ketidakadilan dan ketidak telusan pihak tertentu mengenai pilihan raya kampus.

Alasan-alasan seperti, sistem e-vote lebih selamat, cepat dan ikut zaman, Adalah merupakan alasan-alasan songsang daripada pihak-pihak yang berkepentingan yang bacul mencorak sistem politik kampus.mereka takut dan gentar untuk berhadapan secara telus dengan mahasiswa Pro-M. Hasilnya calon yang Berjaya menjadi calon MPP, menjadi Bacul dan hanya tunduk dan ikut sahaja kata dan telunjuk si sang pengecut.

Siswa siswi peneraju negara

Perlu di fahami secara konkrit arus modenisasi yang berlaku sekarang sebenarnya merupakan satu kenikmatan yang sewajarnya digunakan dengan sebaiknya. Ya, memang sewajarnya demikian, Namun penggunaan sistem ini sebenarnya memiliki unsur-unsur ketidakpastian ( gharar ) yang boleh diragui dan dipertikai lagi kepenggunaannya atau pengaplikasiannya. Hal tersebut adalah berdasarkan hujah-hujah seperti berikut :

• Ketidak adilan sistem pengiraan Sesuatu sistem maklumat Komputer yang dibuat dengan pelbagai sistem perisian data boleh sahaja dimanipulasikan oleh pihak tertentu dengan mudah bagi menjayakan misi mereka. Bilamana hal ini berlaku, boleh sahaja pihak tertentu tersebut menambah jumlah undi bagi calon yang disukai oleh mereka dengan sesuka hati dan mengurangi jumlah undi bagi calon yang di benci oleh mereka dengan sesuka hati. Hal tersebut adalah merupakan, salah satu sebab ketidakrelevennya sistem e-vote ini di gunakan.

• Hujah yang kedua, melihat akan pelaksanaan sistem pilihan raya Umum Negara-negara maju seperti Jepun, Amerika syarikat, England dan Negara-negara lain di dunia. Negara-negara maju tersebut semuanya menggunakan sistem undi seperti biasa.Kenapa hal itu berlaku ? adalah kerana menjaga ketelusan sistem pilihan raya yang adil dan saksama kepada semua pihak. Jesteru itu, kenapa di kampus kita tidak berlaku demikian. Jawapan tepat siswa harus bangkit merubah itu semua.

• Hujah yang ketiga ialah, mengaplikasikan sistem pilihan raya sebenar. Tidak dinafikan walaupun masih terdapat unsur – unsur penyelewengan yang berlaku dalam sistem pilihan raya umum di Negara kita. Namun pelaksanaan sistem yang sebenar itu hendaklah digunakan bagi menggambarkan sistem PRU sebenar di Negara kita. Ironinya Ketelusan sistem pengiraan undi adalah menjadi faktor utama bagi menjamin ketelusan sistem demokrasi di Negara kita.

Jesteru itu, minda siswa siswi sewajarnya berubah dan tidak saja hanya mengangguk dan menerima sesuatu dengan mudahnya tampa mengkaji faktor sesuatu kejadian dan tujuan kepenggunaannya. Kita ini sebenarnya sudah dewasa, sampai kapan kah kita mau di peranak-anakkan. Ayuh..ayuh kita adalah peneraju, mahasiswa adalah penyambung, marilah kita bangkit bersama-sama merubah sistem yang telah di selewengkan ini.kembalikan hak siswa sistem Pilihan raya kampus secara Adil dan telus..Allahuakbar.

No comments: