Friday, November 6, 2009

Dulu Badar sekarang SM !!!



Assalamualaikum salam satu Islamiyyah.

Segala puji dan puja di panjatkan kehadrat Ilahi tuhan sekalian alam, zion bagi langit dan bumi , selawat dan salam buat nabi muhammad s.a.w, kepada kaum keluarga baginda, para sahabat, salafus soleh, tabie dan tabien, alim ulama, mujaddid dan para mujahid, para pengkritik dan penasihat semoga antum atau kita semua berada dalam landasan Islamiyyah.

sahabat yang dirahmati Allah.

setiap yang hidup akan mati.sesuai dengan firman Allah di dalam Al-Quran " kullu nafsin zalikatul maut " setiap yang hidup itu pasti akan merasakan mati.Itu Pasti, dan mati itu sentiasa berlaku setiap hari.Baru-baru ini kita semua telah maklum akan kewafatan ayahanda seorang sahabat kita Muhammad Hakim bin Zahari bin Abd. manaf.saya berdoa semoga roh allahyarham zahari bin Abd.Manaf ayahanda sahabat kita berada dalam keadaan sejahtera di akhirat kelak, dan mudah-mudahan ditempatkan dalam kalangan hambanya yang beriman dan soleh sepanjang hidupnya di dunia.Maklumat itu mulanya saya ketahui daripada saudara hakim sendiri yang selama ini telah lama ingin bertanyakan sesuatu, dan akhirnya pada jam 4 ptg bersamaan hari Ahad perkara tersebut baru la dirungkaikan.

sahabat sahabiah sekalian,

kadang terfikir juga, bentuk entri saya sejak kebelakangan ini seperti teks khutbah formatnya.Tapi itu bukan lah persoalannya, sama seperti kematian. yang hidup pasti mati, bila siang sudah pastinya malam akan menjelang, bila kita kenyang sebab ada sahaja yang di sambut hari kelahiran pasti lapar juga akan menjelang itulah lumrahnya.muda akan menjadi tua, bayi akan dewasa, semua itu pasti.

Hal ini jugalah berlaku dalam kepimpinan kampus dan di luar sana.Cuma mungkin sahaja caranya berbeza.Dulu kita dikenali sebagai BADAR, tapi sekarang kita dikenali sebagai Sekretariat Masjid.soal nama bukan perkara utama akan tetapi soal pimpinan yang bakal mencorakkan adalah pokok persoalannya.

entri ini bukannya untuk menkritik pimpinan SM yang ada sekarang,akan tetapi berkongsi sedikit pengalaman untuk tatapan adik-adik supaya kelemahan kepimpinan semasa pemerintahan saya tidak berulang .Entri ini bukanlah yang terbaik, akan tetapi sekadar perkongsian dan persediaan yang perlu ada sebagai seorang pimpinan yang baru dan ingin belajar.

Adik-adikku SM sayang

Selaku pimpinan ISLAM terdapat beberapa perkara yang perlu Wujud dalam diri seorang pimpinan.Saya pecahkan hal tersebut kepada beberapa perkara antaranya :

A). Rajin merujuk kepada Al- Quran, Sunnah dan Sirah Nabawi.
B). Bijak menilai kemampuan Ahli pimpinan lain ( psikologi )
C). Berlapang Dada.( Sabar )
D). Sanggup Berkorban.
E). Mahu @ suka bertanya atau merujuk mantan2.

sekali lagi Entri kali ini sekadar perkongsian dan pemerhatian saya,harap boleh dijadikan iktibar, dan ditambah baik oleh mantan2 pimpinan yang lain.Supaya adik-adik boleh merujuk secara liqo fardiyyah, iqra ( Pembacaan ), dan sebagainya.

A). Rajin merujuk kepada Al-Quran, Sunnah & Sirah Nabawi.

Sikap Malas mentelaah Al-QURAN, membaca Hadis2, dan Sirah Nabawi adalah merupakan punca kejahilan ahli-ahli dalam bentuk thaqafah ilmu semasa zaman pemerintahan saya. Akibatnya kita selalu bermesyuarat dan memberi pandangan mengikut pandangan akal semata-mata, dan capaian hanya berlandaskan andaian dan rasional yang tidak kukuh atau konkrit natijahnya. Ini adalah masalah saya dan pimpinan2 yang lain, kurang tahu dan yakin berkata tidak menentu. Mungkin sebab hati yang Ikhlas, atau sebab mahu di banggakan menjadi titik tolaknya. stop!!! sampai di sini dulu sekejap lagi saya akan nyatakan pasal itu.

Jesteru itu, duhai adik-adikku. Rajin2 lah belajar daripada peristiwa yang lalu.memang kita inginkan orde dan pandangan yang baru. Tapi perubahan tamadun yang lalu juga adalah berdasarkan pengkajian terhadap tamadun yang dahulu.Fikirkan kata-kata itu.Pecahkan wakhi dengan perubahan...berat memang berat.

B). Bijak menilai kemampuan Ahli pimpinan lain ( psikologi )

Adik2ku rakan2ku sahabat2ku.

kemahiran psikologi memang selalu diabaikan oleh ramai pihak.Inilah masalah saya dan pimpinan yang lalu.Kemahiran ini ada juga dinyatakan oleh mujaddid Al-Imam Hassan Al - Banna di dalam bukunya. Mengenai kemahiran yang perlu ada bagi seorang ayah, Antaranya ialah kemahiran psikologi.

selaku pimpinan, para pimpinan hendaklah, mestilah, wajiblah menguasai kemahiran ini. Sebab benarlah apa yang dikatakan oleh sahabiah saya, kekanda antum semua.kakak mahira.kita melatih manusia,ingin membentuk manusia,bukannya robot.Hikmah kena betul, lembut kena betul, marahnya kena betul.saya tertarik akan kata-katanya yang perlu para muslimin renungi " muslimin ini sayangnya sayang betul, marah2nya marah betul " Perkara besar dan mesteri yang senantiasa ada dalam diri para ayah,para suami,dan para muslimin yang lain. sama ada ianya memang ada, atau diada2kan. itu saya tidak pasti.

Satu perkara lagi, yang pimpinan kena ketahui dan tidak terlepas pandang. Kemahiran mengenali watak sahabat-sahabat pimpinan yang lain.Kesilapan saya dan pimpinan yang lalu juga ialah kemahiran memahami sahabat yang lain.perlu disedari, semua pandangan sahabat perlu dirai,dihormati,dihargai.sikap membesarkan diri, merasa kita sahaja yang benar dan betul perlulah diatasi.ya benar kita hanya mempertahankan pandangan, akan tetapi kekadang kita terlalu laju dan bijak sehingga susah untuk menunggu sahabat yang lain.

Jesteru itu, duhai adik2ku serta rakan2ku. Belajarlah dengan kak mahira cara2 psikologi dan bergurulah dengan abang-abang yang lain dan bergurulah.supaya pecahan pandangan dan lensa pemikiran tidak tertumpu pada satu guru.juga bijaklah menilai, meletakkan, menyusun dan mentadbir organisasi dan peribadi ahli2 dan pimpinan yang lain.

C). Berlapang Dada.( Sabar )

Suka saya berkata akan hal ini, walaupun terkadang orang menilai saya dan pimpinan yang lain tidak bersikap sedemikian.saya Akui ada tindakan saya dan pimpinan yang lain diluar batas kesabaran kami.Tapi itu sewajarnya tidak menjadi titik tolak untuk kita menilai sikap seseorang dan menolak terus persatuan ini.dan persepsi menganggap pimpinan itu perfect hendaklah di hindari, sebab pimpinan itu juga ma'nusiawi.Jika kita anggap pimpinan itu perfect, maka sudah pastilah kita akan kecewa suatu hari nanti.

sabar...! satu istilah yang mudah untuk kita lafazkan dari qauli kurniaan ilahi.sama lah seperti istilah "saya memohon maaf" itu istilah umum balwa.yang biasa dan sudah biasa.sehinggahkan kita susah lali dengan istilah itu.oh..tidak jauhi kami dan pimpinan yang lalu dan akan datang sikap melali ini.

bilamana kita menyentuh soal sabar, perbincangnya luas.sikap melali juga perlu dalam situasi yang berlainan.contohnya melali dalam menyerap kritikan dan teguran daripada sesama ahli.o..lali? kenapa kau disalah erti.

Pimpinan kenalah,hendaklah, sedarlah, bertenanglah dalam menerima tekanan dan kritikan daripada ahli dan mantan2 yang lain.Sikap mudah kecil hati juga hendaklah, mestilah, wajarlah,wajib lah di jauhi. dalam erti kata yang mudah semua ini atas dasar matang di dalam berfikir, dan memberi pandangan serta menyerap pandangan.

D). Sanggup Berkorban.

Istilah ini terdapat dalam rukun Baiah yang ke 5.Rujukk buku apa ertinya saya menganut agama islam cetakan 2008.karangan fathi yakan, terbitan dewan pustaka fajar.muka surat 195.

saya bukanlah orang yang selayaknya mempersoalkan mengenai pengorbanan ini, semua kita tidak layak lagi.sebabnya masih jauh lagi perjalanan ini.seringkali terdengar jatuh bangunnya imam seseorang itu dengan mudah dan pantasnya laju sekali.mudah2ah antum semua terus thabat dalam perjuangan ini.

sikap tidak mahu berkorban adalah merupakan satu masalah besar daripada pimpinan dan ahli yang lain.Bilamana virus ini ada maka matilah perjuangan ini. Nabi juga berkorban dan lebih berat dan besar lagi pengorbanan mereka, jesteru itu kita wajarlah juga untuk melakukan sesuatu pengorbanan dalam perjuangan ini. Itulah sunnahnya.YA mesti !!!

kita sering berfikir biarlah kawan kita sahaja yang keterhadapan menjadi qadiatul sulba jemaah tapi kita jauh dan makin jauh dan mahu senang sahaja dalam gerakan islamiyyah ini.Aduh..Binasa.. celakalah, minta sdikit pengorbanan melenting dan tidak mahu mengikuti lagi perjuangan ini.Bagi tekanan sikit down, tegur sikit down, pamping sikit down, kata pimpinan itulah,inilah, keraslah.mampos lah...?jika inipun tidak boleh..

jesteru itu,kita kena faham.dalam perjuagan ini mesti ada pengorbanan, siapa yang akan berkorban hendaklah menjadi pekerjaan yang direbut-rebut oleh pendokong perjuangan ini.doakan ana istiqomah?

dan sedikit cebisan kata-kata daripada akhi Burhanuddin ataupun abang Bubu, mudah sahaja dalam jemaah ini. Kita jangan mahu jadi MANJA...?

E). Mahu @ suka bertanya atau merujuk mantan2.

Mahu ka ni tak ? itu persoalannya, Gas emosinya sudah Habis ? saya inilah, itulah, beginilah, itu alasan semata-mata. Bukan saya tidak mahu mencari punca, tapi itu lah puncanya.

sikap suka beralasan dalam sesuatu hal sebab musabab jemaah ini lembab.Sudah itu sikap tidak mahu merujuk dan bertanya pula menjadi masalah ahli gerakan.dan bertanya pun pada orang yang salah, bila tidak suka pada pimpinan yang itu bertanyalah pada pimpinan yang lain,itu teori yang mudah.

Tapi malangnya tidak mahu? Tidak mahu bertanya,kerja OK ka? Ada masalah ? OK bang tidak ada masalah, tengok2 tak da kerja jalan. Ditekan Down Pula, kata pimpinan jahat la, garanglah, itulah, inilah. Mahu sembunyikan bangkai Gajah. Sikap mengakui kesalahan itu penting dan mesti ada. Apapun Takbir!

Satu hal lagi, Pimpinan bermuka masam, membuang muka dan mudah berputus asa perlulah dihindari. saya akui kami, dalam pimpinan yang lalu sudah tersilap dan banyak buat kesilapan Ubahlah cara itu.jangan ambil bulat-bulat.

jadi apa yang perlu ialah kita bina semula jemaah ini. wujudkan situasi win win situation atau pun 0-0.Lemparkan jauh-jauh perselisihan, teruskan perjuangan.Belasah habis-habisan egomu, belasah habis-habis hizbuz syaitan, dengan petunjuk ilahi rabb izzatul yaumul muslimin.

kesimpulanya...doa itu senjata orang mu'min.Jagalah pemakanan dan diri mu duhai muslimin.Ana, anta, antum dan antuna semua marilah kita bersama bersama bersatu merubah dan diubah dan mahu diubah serta mahu berubah demi Kebaikan Islamiyyah? nyah kau sayitan laknatullah.. JANGAN TEMBERANG ?

No comments: