Thursday, November 12, 2009

Alasan meleset !!!



Assalamulaikum salam imtihan satu Islamiyyah

Segala puji dan puja kepada Allah s.w.t, selawat dan salam buat nabi junjungan Muhammad s.a.w, kepada kaum keluarga beginda, para sahabat, salafus - soleh, tabie dan tabien, ulama-ulama, para guru-guru pasantren, pejuang -pejuang agama Allah s.w.t, pensyarah-pensyarahku, guru-guru ku, musuh-musuhku, sahabat-sahabatku,dan seluruh penggerak agama Allah yang tercinta ini. Semoga kita senantiasa gentar dan takut dalam keadaan kita bersendirian mahupun dalam kelompok yang ramai.

Moga-moga segala pekerjaan kita selama ini mendapat redho daripada Allah s.w.t dan mendapat manfaatnya kepada manusia sehinggah hari kiamat.Meskipun ramai yang terus membantah tampa menurut ilmu dan perbincangan yang sewajarnya.

Moga-moga juga, entri pada kali mampu menjentik hati-hati pemuda dan pemudi Islam yang berada di mana sahaja terhadap perilaku dan tindakan mereka selama ini. Moga-moga juga entri pada kali ini menjadi pengajaran dan terlepas daripada sikap prejudis dan prasangka semata-mata.

maaf juga diucapkan sekiranya video diatas, dan yang lalu-lalu memaparkan gambar-gambar yang tidak sepatutnya di pertontonkan.semoga yang baiknya kita boleh ambil dan jadikan pengajaran.Amiin..

Para akhawat sekalian.

Semua manusia inginkan kebahagian dan kejayaan di dunia dan akhirat, bahkan kalau kita melihat filem - filem yang berbentuk animasi sekalipun, banyak yang telah dilakonkan oleh watak-watak binatang. Mereka juga digambarkan inginkan kejayaan dan kebahagian hidup.kalau Ayam semuanya takut disembelih bila raya korban menjelang, begitu juga dengan lembuh atau sapi, semuanya menjadi takut.Begitu juga yang digambarkan di dalam cerita kungfu panda, dan chiken run dan banyak lagi semuanya menunjukkan keinginan sang binatang.

kita selalu memperkatakan Istilah inginkan kebebasan dan kejayaan, begitu juga makhluk-makhluk yang lain. Tapi pelik sedikit bagi manusia yang memiliki akal fikiran ini.Begitu suka melakukan sesuatu perkara yang tidak sepatutnya dilakukan oleh manusia mulia yang memiliki akal fikiran. Mereka hanya suka menggunakan akal fikiran tersebut, untuk menghentam mana-mana pihak dengan persepsi yang silap, dan hanya tahu memaki hamun serta bertindak mengikuti hawa nafsu mereka tampa berjumpa ataupun bertemu terlebih dahulu.

sikap ini sebenarnya ada pada kebanyakan ahli gerakan, yang hanya tahu menilai sesuatu kejadian pada dasarnya sahaja. Bila mana berlaku sesuatu permasalahan terhadap akademik misalnya, yang selalu menjadi mangsa deraan nya adalah persatuan,jemaah dan pimpinan yang disalahkan.

Ditalak tiganya terus persatuan tersebut, baru berkahwin setahun dua sudah dijadikan janda persatuan tersebut.saya akui masalah ini bukannya sahaja berlaku dalam kalangan ahli gerakan,namun perkara ini juga berlaku dalam kalangan pimpinan persatuan.semua ini berpunya daripada kesilapan masing-masing termasuklah saya.semoga diberikan kekuatan untuk berubah.

saudara saudari sekalian

kenapa masalah akademik berlaku? bagi saya terdapat beberapa sebab utama yang mengakibatkan masalah ini berlaku.semuanya melalui sikap masing-masing.saya pecahkan kepada beberapa aspek :

A) Pemalas.
B) Doa.
c) Tawakkal.

sebelum itu, tulisan ini hanyalah pandangan dan pemerhatian saya. Jika ada yang kurang baiknya harap diperbetulkan dan ditambah baik.InsyaAllah kita sama-sama berubah dan terus menambah.

A) Pemalas.

Hu...terasa berat rasanya ingin mengulas pasal sikap pemalas ini. sebabnya bagi saya pemalas itu adalah fitrah bagi semua insan. sebab apa saya berkata demikian, bila kita memperkatakan pasal sikap pemalas ini, kita malas sebenarnya kerana inginkan keseronokan, kemudahan dan kesenangan sebenarnya.semua manusia mahukan itu, begitu juga saya.

sama juga dalam hidup ini, Allah telah janjikan diakhir hidup kita ini. Terdapat dua pilihan kediaman yang menjadi pengukur amalan kita selama ini. Jika kita sukakan keseronokkan dunia dan malas beribadat di dunia maka nerakalah tempatnya ( gagal ), dan Jika kita rajin beramal ibadat serta tidak inginkan keseronokan dunia maka syurgalah tempatnya ( lulus ).

begitu juga dengan kehidupan di kampus, jika kita rajin belajar, datang kelas,datang kelas inten, dan sebagainya. Maka lulus la kita. InsyaAllah ! Jika malas datang kelas dan Inten maka gagal la kita. InsyaAllah !

Jesteru itu, pilihlah yang mana anda inginkan, namun jangan disalahkan sepenuhnya kepada pihak persatuan. Peliknya, ahli gerakan pada ketika ini.walaupun kita sudah longgarkan keterlibatannya pada persatuan, akan tetapi prestasi akademik mereka tetap juga berada di takuk yang lama.

Buktinya, baru-baru ini saya meronda-ronda di sekitar bangunan utama umskal bagi memerhatikan prestasi akademik mereka. Apa yang menyedihkan saya ialah, terdapat ahli yang mendapat markah 2 / 50, 7 / 50, 15 / 50 dan 17 / 50.Sedangkan mereka inilah yang telah dikurangkan keterlibatannya.

Kenapa masalah ini berlaku, jawapannya sudah dinyatakan seperti di atas tadi.

B) Doa.

Doa itu senjata orang mukmin, itu biasa kita dengar. Namun apa yang kurang BERKEMUNGKINAN juga disebabkan oleh Doa ahli gerakan yang tidak mustajab. Sebab apa doa tidak mustajab ? mungkin lah juga disebabkan kerana seringkali melewat-lewatkan solat.Sebab apa lewat-lewatkan solat ? sebab tidur pukul 4.00 pagi, sedangkan subuh pada pula pukul 4.40 pagi.Dalam situasi lain pula, waktu zohor 12.10 tengahari misalnya. Mandi pula pukul 12.10 tengahari. Maka sudah pasti datang lewat ke masjid.

Selepas itu pula, doa nampak seolah-olah bermain-main.Tiada kesungguhan dan keseriusan di dalam berdoa.Tapi itu masih baik lagi, malangnya ada yang tidak mahu berdoa langsung. Terus keluar shaff dan kebelakang bercerita.Ini masalah kita dan saya.

C) Tawakkal.

Sudahlah malas berdoa, Tawakkal juga kurang. Bila kita sebut pasal tawakkal ni. bermaksud kita bersungguh-sungguh berusaha melakukan sesuatu perkara dahulu baru lah berserah kepada Allah s.w.t. sepenuhnya. Namun apa yang berlaku dalam kalangan ahli ialah, sempat lagi pergi ke program luaran pada sebelah paginya sedangkan ada paper exam pada sebelah petangnya.

Ini adalah merupakan satu kesilapan besar yang sewajarnya diubah oleh semua pihak. Kita takut ianya menjadi fitnah dan alasan untuk kita menyatakan diri sibuk penyebab akademik jatuh. sedangkan kita juga boleh berkompromi dan memberi ruang kepada ahli dalam urusan akademik. Takut niat kita sahaja mahu di sanjung-sanjung dan dikatakan sebagai berjuang, tapi sebenarnya kita telah membuka satu ruang untuk orang memkritik dan terus memblam kesilapan yang sebenarnya datang daripada kita sendiri.

sebagai kesimpulannya,

Adik-adik yang bakal meneraju kepimpinan masa hadapan.Ubahlah segala kesilapan dan kekurangan yang telah kami lakukan, jangan takut untuk melakukan kesalahan. dan belajar lah rajin-rajin, rujuk lah dan bertanya kepada mantan-mantan yang ada. Saya cabar kamu untuk mengubah semua ini, bukannya terus lari dan jauh dari jemaah ini atau hanya tahu menkritik seperti anjing menyalak inginkan sesuatu tapi tidak tampil mengubah atau memberi cadangan sebagai penentu.

No comments: