Monday, November 16, 2009

SM sahutlah seruan ku Ini ? Jangan kamu lari ?



Assalamualaikum salam Ikatan Akidah satu Islamiyyah.

Alhamdulillah segala puji dan puja dipanjatkan kehadrat Ilahi Zion segala Alam semester dan seluruh buana, pembentang dan perancang segala isi langit dan bumi, penggerak masa sehinggah jadinya siang dan malam pemurah nafas yang segar dan percuma ini.

Takutlah kita duhai teman-teman, takut lah duhai sahabat-sahabat, bersama-sama lah kita bertakwah dan berdoa sesama kita. Moga – moga hati-hati yang teruji ini dan disana senantiasa gentar, senantiasa gusar, senantiasa waspada terhadap basiran dan pengetahuannya terhadap dosa-dosa yang telah kita lakukan. Ampunkanlah ya Allah dosa-dosa kami sekalian sama ada hidup atau pun yang sudah meninggal dunia.

Selawat serta salam buat kekasih sekalian Alam, yang tidak layak diri ini bergelar ummat mu, sedangkan diri ini sering mencari kesenangan didalam mengikuti sunnah. MUHAMMAD S.A.W itulah penyeri, itu al-amin, itulah penyejuk hati ini. ucapan salam juga buat kaum keluarga baginda, para sahabat khulaf ar-rashidin, sahabat-sahabat baginda yang lain, salafus soleh, para ambia, tabie dan tabien, ulama-ulama, mujaddid dan mujahid, ustaz-ustaz ku ( ust.Abdullah, ust. Asmurah ), sahabat-sahabiahku, rakan-rakanku, musuh-musuhku dan para pengkritik serta semua yang inginkan kerahmatan Allah s.w.t

Mudah-mudahan kita ini, menjadi umat yang satu. Walaupun kita maklum, pada hari ini begitu sukar untuk kita mempraktikan akan kesatuan itu. Namun usaha murni dan penerus risalah suci murni ini, wajib tegar diteruskan oleh kita yang sememangnya tidak layak pada ilmunya dan peribadinya. Setelah mengakui akan hakikat itu, apakah kita harus berpeluk tubuh lagi. Ayuh!!! marilah sahabat-sahabat dan adik-adikku sekalian untuk kita menuju kearah wahdah yang satu yakni wahdah islamiyyah yang terikat bukan sahaja kerana ukhuwah bahkan kerana Akidah yang satu.

Berhentilah, Cukuplah memperkatakan dan mempersoalkan masalah hati, mempersoalkan kesempurnaan seorang sang murabbi, mengharapkan yang terlalu tinggi sehinggahkan gerak kerja Islami ini terus terumbang - ambing, lembab disebabkan masalah hati yang tidak perlu di perbesar-besarkan lagi.

Ayuh adikku, Zulkarnain, Hanif, Ridzuan, Idris, saiful pendeh, Imran, Asmi, Nasir, zulkifli, Anwari, Aboo, Herry, anwar shah, kassim, fazri, Ilyani, Paezah, sharifah, aida, bibing, siti zubaidah, hafizah dan rakan-rakan yang lain-lain. Sahutlah seruan ku ini, marilah kita bersatu menuju mardhotillah ilahi.

Campakkan lah persepsimu, campakkan lah sangkaanmu dan prasangka mu serta Prejudis nafsumu, janganlah disebabkan kehendak nafsumu. Kau celaka di dunia dan di akhirat.Jahannam la diri yang sukakan perpecahan dan jahannam lah diri yang cintakan perbalahan. Binasa lah diri yang tidak ingin mencari perubahan demi kebaikan Bersama.

Usahlah beralasan, mencari kelemahan dan kesalahan satu sama lain, menjauh dan memberontak kerana hal-hal furu ( cabang ), tidak bertemu dan hanya member hint, semua itu sebenarnya sudah berlalu ? sampai bila antum mahu begini ? sampai bila antum mahu begini ? dan sampai bila antum mahu begini ?

Bagi insan yang menulis ini dan para pimpinan SM yang lalu melihat sesuatu kesilapan yang besar telah Di lakukan oleh kami. Ya Kesilapan yang amat sangat. Luka kamu sudah berparut, dan kami sudah memohon maaf. Jadi mahu apakah lagi akan kamu ? NAH sahutlah seruan ku ini, cubalah merubah jika kami telah melakukan kesilapan, NAH cuba lah bertahan untuk merubah dan mengabil kepimpinan yang ada pada kami ini ? Kamu takut kah ? kamu ini pengecut ?

Sayugianya semua antum telah ketahui, jalan mudah untuk melakukan perubahan itu adalah melalui perolehan kuasai. Ayuh sahutlah seruan ku ini, ambil lah tampuk dan pundak kepimpinan ini, cetuslah buatlah perubahan yang antum Nampak dan ubahlah kesilapan kami. Kami akan memerhati dan hanya menunggu perubahan itu.

Buat ASMI dan NASIR, teruslah dengan cara mu begitu, ku doakan kamu merasakan apa itu erti kesabaran dalam mempelajari. Buat ZULKARNAIN dan RIDZUAN kamu perlu memcari dan mencari lagi.Jangan lah tersalah erti dalam hidup ini, takut kamu menjadi pencetus yang menyebabkan Islam terkubur kerana keangkuhan kamu.

Buat HANIF, SAIFUL, dan IMRAN kamu perlu lebih mendalami erti hidup ini. Bersabarlah berhadapan dengan pelbagai ragam dan mehnah hidup ini. Berlapang dada lah didalam menerima kritikan rakan-rakan dan ahli. Bersabarlah ?

Buat Idris masakkan adik sedap hinggah ke Hati. Tapi biarlah hatimu berpendirian dan tidak terikut-ikut dengan sesuatu yang tidak pasti. Yakin lah sepertimana, kamu yakin memasukkan garam kedalam kuali. Yakin lah dan berpendirian lah lagi ?

Buat Rakan-Rakan yang lain, Jangan lah leka dan lena diatas kewujudan pimpinan dan ahli yang lain. Sesungguhnya kesenangan itu penyebab kau lalai mengharap sesuatu yang terus ada dan pasti ada, akan tetapi sebenarnya, mencari dan membuat sesuatu terlebih dahulu itu adalah wajib atas dirimu yang pasti dan pasti menjadi pimpinan dan khalifah suatu hari nanti.Berdikari lah lagi ?

Kesimpulannya, tidak ada kerehatan bagi seorang muslim itu kecuali bertemu dengan tuhannya, Allah s.w.t azza wajallah. Allahu akhbar!!! Allahu akhbar !!!

No comments: