Monday, January 11, 2010

Untukmu Aspirasi 2 !!!



Kuala Lumpur 10 September – Kemungkinan besar dalam pilihanraya kampus kali ini, Gabungan Mahasiswa Pro Pentadbiran (Aspirasi) yang mewakili suara mahasiswa pro-kerajaan akan menukarkan namanya. Ini adalah disebabkan beberapa faktor yang berlaku lantaran tsunami politik yang melanda di peringkat nasional.

Akibat daripada kebangkitan suara rakyat yang berlaku, Aspirasi terasa tergugat dengan prestasi kerajaan sekarang yang memungkinkan mereka kalah menjelang pilihanraya kampus kali ini.

Antara faktor pertukaran nama ini adalah disebabkan kes Saiful Bukhari Azlan. Ini adalah disebabkan Saiful Bukhari telah mencemarkan nama Aspirasi itu sendiri. Untuk makluman, Saiful merupakan seorang yang aktif berpersatuan sejak menuntut di Universiti Tenaga Nasional (Uniten) di Bangi dan pernah bertanding dalam MPP (Majlis Perwakilan Pelajar), sesi 2006/07 dan beliau didakwa satu-satunya calon MPP yang pro-Aspirasi yang dilihat berpihak kepada kerajaan.

Lantaran imej buruk Saiful ini telah memalukan kesemua nama Aspirasi di kampus lain kerana produk hasil daripada kepimpinan Aspirasi ini akhirnya melahirkan manusia yang sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan keuntungan diri sendiri, hatta diminta bersumpah sekali pun.

Mengikut maklumat, cadangan pertukaran nama bagi Aspirasi adalah Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS). Ini adalah disebabkan GPMS telah masuk ke segenap universiti di Malaysia terutamannya universiti di Lembah Kelang.

Di Universiti Malaya, GPMS mula menapak ketika minggu pengenalan persatuan (PROMO 08’) yang lalu. Perasmian penubuhan GPMS ini telah berlangsung di Kompleks Perdana Siswa (KPS). Pergerakan GPMS juga rancak di Universiti Kebangsaan Malaysia, iniu adalah kerana keahlian GPMS yang dahulu hanya aktif di sebuah kolej kediaman kini diluaskan di setiap kolej.

Selain itu, di Universiti Islam Antarabangsa (UIAM), nama REVO tidak digunakan lagi dan digantikan dengan GPMS sempena PRK yang lepas untuk membuktikan kekuatan mereka.
Perjalanan pegerakkan GPMS paling rancak ialah di Universiti Institut Teknologi Mara (UITM) yang mana telah berjaya mengadakan demonstrasi besar-besaran tanda protes kepada kenyataan Menteri Besar Selangor yang memberikan peluang kepada bukan bumiputera masuk ke dalam universiti tersebut.

kemaskini (11 September 4.30am)

Berdasarkan beberapa maklumat yang diperolehi, Aspirasi Universiti Malaya akan menggunakan nama Revolusi Mahasiswa (Revo-M) bagi menggantikan nama Aspirasi yang telah teruk tercemar.

Menurut seorang jentera Aspirasi , perubahan itu diperlukan bagi mengalihkan pandangan mahasiswa terhadap nama Aspirasi yang telah dipandang serong lantaran mutu kepimpinan YDP MPMUM yang terlalu lemah dan bermasalah.

Menurutnya lagi, nama GPMS mungkin tidak akan digunakan lantaran bantahan dalaman di kalangan jentera mereka sendiri.

1 comment:

anakmudasabahunggul.blogspot.com said...

Student KAL dan semua yg terlibat, saya rendah diri, saya hamba Allah yg lemah, saya ingin membincangkan isu ini. Dengan rasa rendah diri juga saya sudah usahakan beberapa perkara. 1. Minta UMS teruskan penghantaran air ke KAL yg skrg nilainya mencecah RM400000. 2. Perjumpaan dgn Menteri Wilayah dan Kesejahteraan Bandar (Dato Raja Nong Chik) telah dibuat, ada nada dan abdillah dtg, tnya dorg apa hasil perbincangan. 3. Saya telah majukan perkara ini kpd pihak Setiausaha Politik Perdana Menteri (Datuk Shahlan) utk diatasi segera. mmg agak sukar nak bgtau semua kerja kita, apatah lg kepada mereka yg x faham, mudah2an Allah membuka hati2 mereka yg x fhm. saya sgt teruja mau dtg KAL lg. saya dtg beberapa kali ke KAL. semasa cuti tempoh hari juga saya dtg tgok keadaan. saya jenguk KML juga mau tgok mslh. sebab kita tau ini bukan shj mslh KAL juga mslh Labuan. insyaAllah ada peluang dan diizinkanNYA saya akan ke Labuan lagi. Utk isu pghntr memorandum, saya rasa ada pihak yg cuba kelirukan. Saya sokong tindakan Sdri Nada, Cuma saya nak Tanya balik, betul ka tindakan tu, tanpa bgtau MPP yg lain, bukankah itu keputusan pribadi? Saya Tanya MPP KAL sendiri x tau apatah lagi KK, kita mau perjuangkan sesuatu biarlah elok. Yg tu saya x kisah betul. Waktu hntr memorandum tu berapa org wakil MPP? Berapa org wakil pljr UMS? Yg ramai pljr2 Universiti lain, yg kononnya sama2 memperjuangkan isu ni, mungkin dorg tu, pg Labuan pun x pernah, apa pun tahniah kpd Nada dan semua pljr KAL, apa yg kita blh buat utk ketika ini, kita doa agar Allah membuka hati kita semua dan membantu kita atasi mslh ini. Minta maaf kpd semua, biarpun bukan lg bergelar MPP, saya akan terus bersama2 menyelesaikan mslh air di Labuan ni. Kita sama2 usahakan. HIDUP MAHASISWA