Friday, December 11, 2009

Siswazah Mengecewakan Masyarakat !!!



Assalamualaikum salam perubahan

Allahamdulillah, Allahu akhbar ! Allahu akhbar ! Allahu akhbar !

syukur dipanjatkan kehadrat Ilahi, syukur ku katakan pada Ilahi, syukur di lafazkan untukmu ilahi, Kerna begitu besar pemberiaanmu kepada hamba2mu ini, tak ternilai walaupun setitik jika hendak dibandingkan dengan kerja2 yang kita lakukan selama ini. Kecil dan kerdilnya kita, biccu dan tak ternilai usaha kita jika hendak di bandingkan dengan Nikmat yang Allah berikan. Jesteru itu, apa yang harus kita lakukan ? Jawapan saya, MERUBAH ISLAM BERSUNGGUH DAN TIDAK BACUL.

Selawat dan salam buat Nabi Muhammad s.a.w, kaum keluarga baginda, para sahabat, para tabie dan tabien,Ulama-ulama di seantero dunia, para mujahid yang senantiasa mempertahankan kesucian Islam, Para cendiakawan Islam,ustaz2 dan guru2 Islam,para sahabat dan sahabiahku, para penyokong dan pengkritikku, tidak lup[a juga ayah dan bondaku serta kakak dan abangku, dan seluruh umat Islam di dunia.Mudah2han kita ini, diri kita ini, hati kita ini senantiasa gusar dan risau akan Allah, mudah2han diri kita ini, hati kita ini, waspada pada Allah, dan Akhirnya mendapat rahmat dan naungannya serta menjadi Hamba2nya yang beriman. InsyaAllah !

Pola pemikiran,

Begitu payah untuk mengubah paradigma dan pemikiran manusia, semuanya memakan masa yang agak lama.dan memerlukan pengorban yang Lama, bak kata pepatah UMS Siasah jangka panjang ?

Kadang saya berfikir panjang, di mana kemuncak siasah jangka panjang itu. Bila mana sahaja kita hendak berubah sesuatu mesti ada sahaja suara-suara sumbang yang menjadikan gerakan ini kecut dan kendur semula. Alasannya siasah jangkah panjang ? Terus terang saya katakana di sini, saya cukup mual dan kurang senang dengan kata2 sedemikian.

Bagi saya itu bukan strategi ? itu adalah alasan dan persepsi takutkan bayang-bayang sendiri.Dari dahulu sehinggah sekarang nampak mendatar dan sama sahaja pola perubahan pemikiran mahasiswa. Dimana kemuncak itu ?

Bagi mahasiswa BORNEO sedarlah kamu? tidak salah mengambil pendapat mantan2 dan senior2 lain, bagi saya pendapat mereka perlu di dengar, itu mesti supaya ada timbang dan taranya. Namun jangan ambil bulat2 dan terus buat, takut untuk berubah dan berfikir sendiri ? Zaman mereka memimpin dan zaman antum sangat berbeza. Jadi perlu ada perubahan ? jangan bacul dan takut gagal.

Sahabat dan sahabiah sekalian,

Antum semua perlu sedar dan harus faham bahwa ? pendapat mantan2 dan senior2 itu tak semestinya diterima, dan mantan2 dan senior2 juga harus faham pendapat mereka tak semestinya di terima.hak kepimpinan untuk merubah.Itu yang harus kedua2 belah pihak ini fahami. Dan pengaplikasian konsep berlapang dada itu perlu dan mesti ada dalam situasi ini. Jika berlaku kesilapan dan masalah, sikap tuding jari salah menyalahkan itu, hendaklah di jauhi ?

Kenapa masalah tuding menuding jari itu terjadi ?
Saya pecahkan kepada beberapa point

A). Tidak biasa menghadapi masalah.
B). Tidak Mahu berubah.
C).dan Sombong.

A). Tidak biasa menghadapi masalah.

Ha…ini problem utama yang saya lihat.Sebenarnya bagi saya, Mahasiswa di borneo ini terlalu takutkan Masalah. Semuanya mahu sempurna, Sapa yang tidak mahukan kesempurnaan? itu fitrah.Namun untuk melakukan sesuatu yang baru itu mesti ada silapnya. Baru lah mudah untuk kita memurnikan semula.Ini tidak asyik2 kita melihat kebelakang sahaja.kenapa tidak kita memandang kehadapan.Banyak benda yang boleh kita buat, jangan terus berada di takuk yang sama.

Sahabat yang dikasihi sekalian.

Cuba ubah cara berfikir, cuba ubah mindset kita kepada masalah itu peluang, masalah itu ilmu baru dalam jemaah, masalah itu adalah tarbiah, dan masalah itu bukti kita ini senantiasa inginkan perubahan dan anjakan demi memuliakan Islam.Itu yang sepatutnya ada sahabat dan sahabiah.

Kita ini harapan Negara masa hadapan.Teringat akan kata-kata ini, “ jika hendak melihat nasib Negara masa akan datang, lihatlah pemuda-pemudanya”. Tapi bagi saya pemuda-pemuda yang ada sekarang ini termasuklah saya ini, amat-amat mengecewakan Negara dan Islam.Namun adakah kita harus berpeluk tubuh, oh…tidak cukuplah kita ini menyemarakkan semula mahasiswa. Membangkitkan semula mahasiswa yang sedang lena dan bacul dengan bayang2nya sendiri.

B). Tidak Mahu Merubah.

Ha…Ini juga masalah, bila ahli dan pimpinan tidak faham. Maka berlakulah pemberontakan dan masalah basi ? Masalah Hati ? asyik2 nak bincang soal hati, bila hendak di fahamkan tidak mahu pula mendengar. Jadi harus bagaimana, Kata ingin berjuang demi Islam. Tapi lembik jiwa dan jati diri, takut dan penakut, sudah itu pemalas dan lambat bertindak.Yang dia tau diam di hadapan kita tapi bising dan mengkritik dari belakang. Tidak matang dan professional.Tau ada masalah tapi tidak mahu berubah dan mengubah. Ini adalah virus2 dalam jamaah.Ehh…”ingat tidak berbunyi tepukan itu jika bertepuk sebelah tangan”.

Kesimpulannya

Ini hanyalah pandangan saya, benar atau salah terpulang pada penilaian masing-masing. Saya ada hak untuk membebel. Suka atau tidak terpulang pada penfsiran dan penerimaan masing-masing.saya rela di kritik demi perubahan paradigm mahasiswa borneo.

No comments: