Saturday, December 12, 2009

Untukmu SM !!!



Alhamdulillah puji dan puja kepada Allah s.w.t, selawat dan salam buat nabi junjungan Muhammad s.w.t.Kaum kelaurga baginda, para sahabat, Tabie dan Tabien, Mujahid dan Mujaddid, yang senantiasa bertebaran di muka bumi ALLAH ini untuk mencari redha nya atau mardhotullahnya sebagaimana firmannya di dalam Al-Quran:

Waminan nasi may yas ri nab saub tigho a mardhotillah
dan terdapat manusia yang mencari redho ( mardhotillah ) Allah s.w.t.

Tidak lupa buat sahabat dan sahabiah ku, serta kaum keluarga ku.Mudah2an Allah menjadikan kita ini hambahnya yang telus dan istiqomah di dalam medan ini.sesungguhnya kita maklum tidak dinamakan perjuangan tampa pengorbanan, tidak manis namanya pengorbanan tampa kritikan.itu sudah pasti menjadi rencam di dalam kita inginkan sesuatu pola perubahan.

terlebih dahulu saya ingin meminta maaf jika video di atas dan lain2 entri menunjukkan kelakuan yang tidak baik.Tujuan saya hanyalah untuk menarik lebih ramai pembaca, paling tidak kurang pun terfikir sesuatu yang baru dan tertanya2 apa sebenarnya yang hendak disamapaikan oleh si waruk ni...

Dan entri kali ini ingin menyentuh pasal kesihatan.dan ianya adalah sesi pandang saya untuk tatapan semua para peminat dan pembaca blog ku ini.dedikasinya juga ku sampaikan buat ex-umskal, dan bangang serta mantan2 yang lain.

Tajuk entri saya pada kali ini adalah bergadang?

Apa itu bergadang ? apa yang saya faham bergadang itu tidak tidur malam atau kata yang selalu saya dengar Pelesit! Pernah dengar tak lagu pelesit kota dari kumpulan search ? selalunya kalau orang2 tarbiah ni sukar untuk mendengar lagu2 seperti ini.Tak pa lah terpulang pada diri masing2.

kita sering dengar rungutan ahli tarbiah, kenapa ni subuh tidak turun? Tidak pernah langsung turun subuh dalam satu semester? Sehinggah kan pernah sekali tu saya yang azan, saya yang iqomat dan saya yang jadi imam.Mana semua orang ni ? adkah mereka yang datang awal dan sudah selesai solat atau mereka tengah sibuk memikirkan sesuatu mengenai negara, sehinggahkan terdapat ruksha ( perlepasan )untuk tidak berjemaah subuh. Jawapannya,mudah sahaja. semuanya syahid terkantoi bangun subuh. Sebab apa pula ? sebab selalu bergadang malam.

Apa yang mereka buat sebenarnya ? entahlah kawan main game, Ym kawan2, tengok movie, mengutuk orang, yang bagus sikit belajar malam, tapi subuh kantoi.apa pun pekerjaan yang kita buat, perlu difahami di sini. Tidak redho Allah terhadap kerja semalam tersebut jika tidak turun subuh.setakat itu jak la ye kali ini...ada masa kita post lagi? sekian....

No comments: